Pemerintah Incheon Bakal Beri Elaun RM 353,000 Kepada Bayi Baru Lahir Untuk Tingkatkan Kadar Kelahiran

TERKINI
January 03, 2024 - 12:09 PM


Korea Selatan merupakan antara negara yang mengalami kadar kelahiran yang rendah. Hal itu telah membimbangkan pihak kerajaan disana ekoran peningkatan warga emas dan kemerosotan kadar kelahiran di negara tersebut.

Terbaru, pemerintah Incheon, salah satu negeri di Korea Selatan mengumumkan akan memberikan subsidi sebanyak 100 juta won atau sekitar RM 353,557 kepada anak yang baru lahir sehingga bayi tersebut berusia 18 tahun.

Pengumuman tersebut bersempena dengan program “100 million + i dream”. Program ini akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa Incheon bermula tahun 2024 dan diadakan bagi memberi sokongan kepada setiap anak yang lahir di Incheon bermula tahun 2023.

Nilai 100 juta won itu diberikan sebagai elaun melahirkan anak termasuk sebagai elaun untuk ibu ayah, duit saku bayi dan keperluan pendidikan bayi.

"Dasar kelahiran Incheon memberi tumpuan kepada menyediakan sokongan berterusan untuk semua peringkat perkembangan kanak-kanak, dari semasa mereka masih bayi sehingga mereka mencapai umur 18 tahun," kata Datuk Bandar Incheon.

Terdahulu, berdasarkan Badan Statistik Korea, kadar kelahiran di Korea terutama di wilayah Incheon sangatlah rendah. Menurut rekod, Incheon merupakan negeri kedua terendah dalam kadar kelahiran dari 17 negeri di Korea Selatan.

 

Sumber: Harian Haluan

Destination: