"Beratur Lama, PS Yang Sapu" - Netizen Bengang Kena "Sekolah" Dengan Tauke Kedai Cromboloni

TERKINI
January 08, 2024 - 04:21 PM


Antara perkara yang gemar rakyat Malaysia lakukan pada hujung minggu sudah semestinya food hunting! Lebih-lebih lagi di era digital ni, segala bentuk makanan yang viral je dengan pantas bakal diserbu oleh orang ramai.

Namun, tidak semua peniaga bersedia untuk menerima pelanggan dalam jumlah yang ramai dalam suatu masa. Lebih-lebih lagi ketika satu makanan itu tengah "viral", Itu yang berlaku terhadap satu premis yang menjual pastri atau makanan pencuci mulut.

Dikhabarkan, premis tersebut mendapat sambutan yang hangat dek promosi yang berjaya menarik minat mereka yang sukakan dessert. Namun, satu insiden yang tidak diingini berlaku. PS atau dikenali sebagai Personal Shopper, dikhabarkan membeli cromboloni dengan banyak.

Sekaligus, menyebabkan pelanggan lain yang turut beratur pulang dengan kekecewaan kerana hanya dapat membawa pulang dua biji sahaja. Lebih memburukkan keadaan, lelaki bertopi putih dikatakan menjelaskan situasi yang dihadapi oleh premis dalam nada yang agak kasar.

Maka, ramailah pelanggan yang menyatakan ketidakpuasti terhadap premis dan juga para PS. Alahai, pasal makanan pun boleh bergaduh tau, jangan buat pasal! 

 

Destination: