Perkataan "Bismillah" Ditukar Kepada Bahasa Jepun, Penerbit Filem Beri Penjelasan

HIBURAN
January 24, 2024 - 12:50 PM


Bagi mereka yang pernah menonton Mechamato Movie, pasti akan kenal dengan babak yang mempaparkan watak Maskmana menyebut 'Bismillah' sebelum bertarung dengan watak Grakakus. 

Ditayangkan di Jepun bermula 19 Januari lepas, timbul satu isu di mana perkataan 'Bismillah'  yang diucapkan dalam movie asal telah digantikan dengan ucapan ‘Kakugo Shiro’ dalam versi Jepun yang juga membawa maksud ‘persiapkan diri anda’.

Tidak mahu membiarkan isu itu berlarutan, penerbit filem, Nizam Abd Razak terus tampil memberi penjelasan di akaun Facebooknya. Katanya, pihaknya baru mengetahui tentang perkara tersebut beberapa hari sebelum tayangan premier di Jepun. 

“Kami sendiri baru mengetahui tentang perkara ini beberapa hari sebelum tayangan premier tempoh hari.”

“Tiada apa yang dapat dilakukan kerana proses recording memerlukan masa yang lama untuk diatur.” jelasnya.

Menurutnya, apabila ditanya kepada pasukan dubbing di Jepun mengapa 'Bismillah' tidak dikekalkan, mereka menjawab bahawa 'Kakugo shiro' lebih sesuai digunakan untuk penonton Jepun supaya mereka dapat memahami konteks babak ikonik itu.

Walaupun begitu, pihak Nizam masih mahu mengekalkan ‘Bismillah’ itu kerana adegan tersebut merupakan highlight dalam filem tersebut. 

Menerusi hantaran itu, pihak Animonsta Studio juga memaklumkan sudah menghubungi studio rakaman dan pelakon suara di Jepun.

"Selepas mengetahui tentang perkara ini, kami terus menghubungi recording studio dan pelakon suara.

"InsyaAllah ianya akan kembali ke 'Bismillah' tetapi tidak sempat untuk versi tayangan di Malaysia yang bermula 25hb Januari ini," tambahnya lagi. 

Untuk makluman, Mechamato versi Jepun bakal ditayangkan di pawagam tempatan pada 25 Januari ini. 

 

Sumber: Facebook & Lobak Merah

Destination: