Ustaz Wadi Annuar Kongsi Kelebihan Malam Nisfu Syaaban, Iaitu Antara Malam Yang Penting Untuk Umat Islam
ISLAMIKBuat mereka yang lupa atau tidak tahu, terdapat satu malam yang penting untuk semua umat Islam. Malam tersebut dikenali sebagai malam Nisfu Syaaban. Malam Nisfu Syaaban ini dikatakan mempunyai banyak kelebihannya berbanding pada malam-malam yang lain dalam Islam.
Pendakwah bebas terkenal, Ustaz Wadi Annuar menerusi akaun TikToknya ada berkongsi tentang kelebihan malam tersebut mengikut hadis sahih.
@ustazwadiannuarofficial Malam Agung Nisfu Syaaban | Ustaz Wadi Annuar. Jom sebarkan, semoga umat Nabi โ๏ทบ mendapat manfaat. #ustazwadiannuar #dakwah #islam #nisfusyaban #aswj #sunnah #ceramah โฌ Islamic background music feel - ๐๐ฌ๐ฅ๐๐ฆ๐ข๐ โก ๐๐ญ๐๐ญ๐ฎ๐ฌ.
Menurut beliau, kelompok terbaik umat Nabi Muhammad SAW iaitu Salafussoleh atau salaf al-Soleh (kelompok sahabat Rasulullah SAW dan juga kelompok tabiin iaitu golongan Islam awal yang bersahabat dengan sahabat Baginda selepas kewafatan Nabi Muhammad SAW) telah menghidupkan malam Nisfu Syaaban dengan memperbanyakan ibadah serta doa.
Bukan itu sahaja, Ustaz Wadi juga menjelaskan bahawa menurut isteri Baginda iaitu Saidatina Aisyah R.A, Syaaban merupakan salah satu bulan dari 12 bulan Islam di mana Rasullah paling banyak berpuasa.
โAntara salaf yang perbanyakan ibadat dengan berlumba-lumba, antaranya ialah Imam Makhul, Khalid bin Maโdan dan lain-lain.
โImam Syafie kata ada lima malam mustajab doa, malam raya Aidilfitri, malam raya Aidiladha, malam Jumaat, malam hari pertama Rejab dan malam Nisfu Syaaban,โ katanya.
Oleh itu, marilah kita memperbanyakan berdoa kepada Allah SWT agar diampunkan semua dosa-dosa pada malam tersebut. Ini kerana dalam satu sanad hadis yang sahih, Allah SWT melihat kepada semua hamba-NYA kemudian Allah mengampunkan dosa pada Nisfu Syaaban kecuali mereka yang bermusuhan.
โMaka kita ajak sanak saudara dan keluarga kita pada 24 Februari hari Sabtu selepas Maghrib untuk sama-sama memperbanyakan ibadat dan doa pada malam itu,โ katanya lagi.
Sumber: Says Seismik