"Jangan Jadikan Ini Sebagai Bahan Marketing Korang" - Kakak Tegur Peniaga Satukan Misya Dengan Suami & Madu Dalam Job Sama

HIBURAN
March 07, 2024 - 02:23 PM


Sebelum ini, tular tentang anak perempuan kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa Dania menjadi isteri kedua apabila berkahwin dengan seorang lelaki yang dikenali sebagai Aslam di Thailand.

Terbaru, tular video di media sosial yang memaparkan Marissa sedang melakukan photoshoot bersama Aslam sebagai model sebuah butik pakaian dimana pasangan itu dilihat memakai pakaian raya sedondon berwarna hitam dan begitu mesra ketika bergandingan.

@aqish_qishh #Jelitawardrobe .. Dah post mcmni pastu delete then post video Umisya ? huhu Betul² nampak amik kesempatan #VideoUmisyaAslamMarissa #Marissa #AslamMarissaJelita #Jw ♬ original sound - aqish_qishh

Bagaimanapun, video terbabit telah mencetuskan reaksi yang kurang senang dari banyak pihak apabila butik pakaian itu juga mengambil isteri pertama Aslam, Misya Mazlan menjadi model jenama mereka.

Hal tersebut membuatkan kakak Misya Mazlan iaitu Nadiah Mazlan tampil memberi penjelasan dan menegur perbuatan pihak butik.

Menerusi beberapa hantaran di Instagram Storynya, Nadiah memaklumkan bahawa adiknya tidak diberitahu tentang penglibatan Aslam dan Marissa dalam shooting yang sama. Sebaliknya, Misya hanya mengetahui mereka bertiga bekerjasama dalam satu projek ketika tiba di lokasi photoshoot.

"Assalamualaikum. Saya pasti kamu semua ada perasaan. Ada hati, common sense, akhlak dan ambil peduli tentang perasaan orang lain. Untuk pengetahuan Misya memang tak tahu langsung yang waktu shoot produk tu perempuan ini juga shoot product yang sama. Dan bila dah sampai tempat casting baru tahu," katanya.

Nadia juga ada meminta pihak butik supaya tidak memuat naik apa-apa post yang melibatkan Umisya dan Marissa selain memberi pesanan kepada butik supaya tidak menjadikan Misya sebagai bahan marketing dan meminta pihak berkenaan memohon maaf kepada adiknya.

“Bertaubat dan minta maaf kepada @umisyamazlan kerana mungkin dalam keasyikan, kerasukan, dan kesungguhan untuk menaikkan produk jenama kalian, sampai melukakan hati manusia yang sememangnya sudah lama terluka,” katanya.

Tidak mendiamkan diri, empunya badan turut sama memberi penjelasan di Instagram Storynya. Mengiyakan kenyataan si kakak, Misya juga menyatakan bahawa dia ada memaklumkan pihak butik untuk jarakkan hantaran antara Merissa dengan dirinya. 

"Ada mintak jasa baik mereka untuk keluarkan dulu posting si M.... gap kan dengan gambar model lepas tu baru la post gambar Misya," jelasnya.

Memahami bahawa ia mungkin sebagai satu strategi pemasaran, Misya dalam kenyataannya menganggap ia sebagai satu pengajaran dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang.

 

Sumber: X, TikTok & Instagram

Destination: