Susulan Isu Khalwat, Bella Astillah Failkan Cerai Terhadap Aliff Aziz
HIBURANPeminat dunia hiburan sebelum ini dikejutkan dengan satu laporan yang menyatakan Aliff Aziz dicekup berkhalwat bersama pelakon wanita Ruhainies.Tangkapan tersebut dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
Terkini, pelakon dan juga isteri Aliff Aziz, Bella Astillah memfailkan permohonan perceraian daripada suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, di sini, kelmarin.
@melodiberapi Pelakon Bella Astillah ditemani ibu Zarina dan adiknya Didi Astillah hadir Ke Mahkamah Syariah Kuala Lumpur bagi sebutan kes penceraian yang telah dibuatnya pada isnin 11 March 2024. #meloditv3 ♬ Jeritan Hati - Cut Zuhra
Sebutan kali pertama berlangsung hari ini, apabila Bella Astillah, tiba di perkarangan mahkamah kira-kira jam 12.40 tengah hari tadi, ditemani ibu Zarinah Astillah dan juga adiknya, Didi Astillah.
Bagaimanapun, kelibat Aliff, 33, tidak kelihatan. Sebaik sebutan kali pertama kes berakhir, Bella yang ditemui pemberita, memberitahu dia nekad untuk bercerai.
@melodiberapi Sebak, semoga Bella Astillah kuat!!! Ramai yang mendoakan beliau 🤲😢😢😢 #meloditv3 #bellaastillah #fypシ゚viral🖤tiktok #panas #alifaziz #cerai #ruhainies ♬ original sound - Melodi tv3
“Sebenarnya, saya fikir ini jalan terbaik untuk saya. Seperti mana semua tahu, kami pernah rujuk sebelum ini. Jadi, saya fikir, dengan memilih jalan masing-masing, ini mungkin yang terbaik untuk diri Aliff dan saya.
“Pada awalnya, dia bersetuju dan lagi-lagi pada Ramadan ini, saya mahu semuanya lancar… Itu sahaja,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.
Sementara itu, peguam syarie mewakili Bella, iaitu Azmi Mohd Rais berkata, Aliff tidak hadir atas urusan penggambaran dan prosiding diteruskan, bulan depan.