Salah Papar Nilai Tukaran USD-MYR Yang Sebenar, Google Mohon Maaf
TERKINIGoogle Malaysia hari ini telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi ciapan di laman X rasminya atas kesilapan memaparkan kadar pertukaran Dolar AS-Ringgit (USD-MYR) yang diterbitkan di halaman kewangannya.
Thank you for bringing this to our attention. We immediately contacted the third party that provides USD-MYR exchange rate information to correct the error. The issue has now been resolved and we apologize for any confusion caused.
— Google Malaysia (@GoogleMsia) March 18, 2024
Dalam ciapan tersebut, Google Malaysia memaklumkan pihaknya telah pun menyelesaikan isu tersebut bersama pihak ketiga.
“Kami segera menghubungi pihak ketiga yang memberikan maklumat kadar pertukaran USD-MYR untuk membetulkan kesilapan.
“Isu itu kini telah diselesaikan dan kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan yang berlaku.
“Sila rujuk sumber rasmi seperti laman web Bank Negara Malaysia (BNM) untuk membuat sebarang keputusan berkait hal kewangan,” ciapnya.