Murid Boleh Pakai Baju Sukan Susulan Cuaca Panas Melanda Negara

TERKINI
March 19, 2024 - 04:08 PM


Rayuan ibu bapa agar murid Kelas Agama dan Fardu Ain (KAFA) dibenarkan untuk memakai pakaian sukan ekoran cuaca panas yang melanda negara mendapat maklumbalas yang memberangsangkan dari Kementerian Pendidikan.

Kementerian Pendidikan (KPM) menyeru semua institusi pendidikan untuk mempertimbangkan kebenaran khas kepada murid, guru dan anggota kumpulan pelaksana memakai pakaian sukan sopan semasa cuaca panas.

KPM berkata, pertimbangan kebenaran khas itu dibuat berdasarkan kepada keperluan dan situasi di institusi masing-masing.

Pada masa sama, KPM juga menetapkan agar aktiviti di luar bilik darjah perlu ditangguhkan jika cuaca terlalu panas dalam usaha menjaga kesihatan murid dan guru dalam menghadapi cuaca panas.

Susulan itu, katanya, semua institusi pendidikan bawah KPM dinasihati agar sentiasa mengikuti garis panduan yang telah ditetapkan.

Destination: