[VIDEO] "Terpaling Kreatif" - Lelaki Ini Ajar Cara Mandi Di Musim Panas Paling ‘Win’!

TERKINI
May 19, 2023 - 03:43 PM


Cuaca panas melampau yang melanda negara saat ini telah menimbulkan pelbagai idea kreatif dari rakyat Malaysia.

Tidak tahan dengan bahang yang terasa, ramai yang mula mencari inisiatif untuk menghilangkan atau meredakan rasa panas.

Menarik perhatian ramai, seorang individu tampil berkongsi satu video yang memaparkan ‘cara mandi yang betul’ di laman TikTok.

Menerusi rakaman yang berdurasi tujuh saat itu, pemuda berkenaan mulanya memaparkan pancuran air di dalam bilik mandinya.

Di bawah pancuran air itu, pemuda berkenaan meletakkan satu penapis yang biasa kita gunakan dan penuhkannya dengan ais batu.

Hasilnya, air yang melalui penapis tersebut akan keluar sebagai air sejuk yang mampu menyejukkan suhu badan kita.

@chaihuatto4 Malaysia panas#😂😂😂 #❤️ #foryoupage❤️❤️ #fypシ #fyp ♬ original sound - CHAI HUAT TO

Satu idea di luar kotak pemikiran, video berkenaan berjaya mendapat tontonan sebanyak 2.1 juta oleh pengguna media sosial TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata penonton kagum dengan idea kreatif yang diajukan oleh pemuda tersebut.

“Bijak-bijak orang kat Tiktok ni. Macam-macam tips aku dapat,” kata seorang penonton yang bernama @welaselawase.

“Genius. Terutamanya di cuaca lembap yang kita alami sekarang,” kongsi seorang pengguna Tiktok.

Sumber: Malaysia Dateline

Destination: