“Saya Suka Warna Kuning” - Peniaga Mohon Maaf Selepas Ditegur Pihak KKM
TERKINIPeniaga-peniaga makanan terutama di bazar ramadan pastinya sedar akan kepentingan menjaga kebersihan ketika menyediakan makanan. Buktinya, dapat dilihat lambakan peniaga-peniaga bazar memakai sarung tangan.
Namun begitu, bukan semua sarung tangan sesuai digunakan ketika menyediakan makanan. Setiap sarung tangan mempunyai fungsi yang berbeza-beza.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang peniaga memakai sarung tangan berwarna kuning ketika menggaul air asam untuk jualannya.
@daniasedek Replying to @meowmeow ♬ Dj Rhamadan Full Bass - REFFI YOGI
Bukan itu sahaja, wanita itu juga menyentuh pelbagai peralatan lain menggunakan sarung tangan yang sama dan tindakannya itu mencetuskan persoalan dalam kalangan netizen.
Video itu juga meraih perhatian seorang pengguna yang mendakwa dirinya sebagai pemeriksa kesihatan KKM. Individu tersebut telah meninggalkan komen yang menegur peniaga wanita itu untuk menggunakan sarung tangan yang sesuai dan memakai apron ketika mengendalikan makanan.
Walau bagaimanapun, respon yang diberikan tuan badan telah mengundang perhatian netizen yang menyatakan bahawa peniaga itu perlu menerima teguran dan tidak sombong.
Dalam pada itu, di platform X, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) juga telah membuat satu ciapan yang menyatakan penggunaan sarung tangan kuning adalah tidak sesuai bagi pengendalian makanan.
Menurut KKM, sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran.
“Bagi mengelakkan pencemaran silang sarung tangan hendaklah dipakai untuk sekali guna sahaja,” katanya.
KKM ingin memaklumkan penggunaan sarung tangan berwarna kuning adalah untuk pencucian dan tidak sesuai untuk pengendalian makanan.
— KKMalaysia🇲🇾🩺❤️ (@KKMPutrajaya) March 20, 2024
Sarung tangan jenis nitrile (powder-free-glove) paling selamat untuk mengendalikan makanan kerana tidak meninggalkan sisa kotoran. Bagi mengelakkan… https://t.co/r2k4f2IG6a
Tidak lama selepas menerima teguran terbuka daripada pihak KKM, peniaga berkenaan telah memohon maaf dan menyatakan akan lebih peka terhadap prosedur pengendalian makanan.
Jelasnya, penggunaan sarung tangan berwarna kuning itu disebabkan dia memang suka akan warna tersebut, namun setelah menyedari kesalahan berkenaan, dia telah membuangnya agar tidak digunakan lagi ketika mengendali makanan.
Dia juga menyatakan teguran itu sangat berguna kepadanya dan berharap apa yang berlaku menjadi pengajaran kepada semua peniaga di luar sana juga.
@daniasedek Replying to @nia🌧️ ♬ Sholawat Badar - Muhajirlamkaruna
Sumber: TikTok & X