Wanita Kerja Petronas Tergamak Tuduh Orang Tua Curi iPhone Di Masjid

TERKINI
April 04, 2024 - 03:23 PM


Kita semakin menghampiri penghujung bulan Ramadan. Majoriti muslimin mahupun muslimat berlumba-berlumba memperbanyakkan ibadah demi mengejar malam yang lebih baik dari seribu bulan iaitu malam Lailatul Qadar.

Namun, biarpun kita berada di bulan Ramadan di mana bulan untuk melatih diri kita untuk menjadi seorang insan yang lebih baik, masih ada juga yang terlepas pandang tentang akhlak sesama manusia. Itu yang menimpa ibu mertua kepada seorang pengguna platform X di mana satu insiden yang tidak diigini berlaku.

Menurut Siti, ibu mertuanya dimalukan oleh seorang wanita yang menuduh beliau mencuri iPhone miliknya. Siti menjelaskan menerusi ciapannya bahawa ibu mertuanya terpaksa memunggah kesemua isi bag tangan di hadapan orang ramai. Lebih memburukkan keadaan, wanita tersebut siap memeriksa setiap poket yang ada pada ibu mertuanya.

Rupanya-rupanya iPhone yang hilang itu ada di dalam beg tangan siak yang tolong simpan fon tersebut setelah menjumpainya. Siti yang jelas berasa amat terkilan dengan insiden yang menimpa ibu mertuanya kerana telah meninggalkan kesan emosi yang mendalam terhadap ibu mertuanya. Demi mengelak sebarang masalah yang akan berlaku, satu laporan polis juga dibuat oleh ibu mertuanya.

Sumber: @ctnajihahzamani  (X)

Destination: