Nak Berhias Atau Tiru? UAI Jelaskan Hukum Pasang Pelita Raya

ISLAMIK
April 08, 2024 - 03:49 PM


Menjelang Syawal, umat Islam di Malaysia ketika ini sedang membuat persiapan bagi menyambut hari yang mulia itu. Dan menjadi kebiasaan dan tradisi untuk umat Islam di negara ini menghias rumah dengan memasang lampu kelip-kelip dan juga pelita bagi memeriahkan lagi suasana Aidilfitri.

Terbaharu, penceramah bebas Ustaz Azhar Idrus menerangkan tentang hukum memasang pelita. Menurutnya, setiap perkara yang tidak dinyatakan tentang suruhan atau larangan daripada Nabi Muhammad SAW, maka ianya bergantung kepada tujuan perkara tersebut dilakukan.

“Kalau pasang pelita raya supaya cerah laluan ke rumah, tak ada masalah.

“Jika mahu menceriakan suasana dan melihat rumah cantik, hukumnya harus.

“Kalau tujuannya tengok orang kafir buat dan nak ikut, itu haram.” ujar Ustaz Azhar Idrus.

Maka, jika anda mahu memasang pelita, pastikan niat anda. Semoga perkongsian ini menjawab persoalan anda.

@rasheedinthehouse Apakah hukum pasang pelita raya? #ustazazharidrus #Ramadhan2024 ♬ bunyi asal - rasheedintheHouse

 

Sumber: TikTok & The Vocket

Destination: