Caprice Pertahan Tindakan Isteri Minta Remaja Melutut Pohon Maaf, Minta Netizen Move On

HIBURAN
May 06, 2024 - 11:34 AM


Tindakan Caprice sebelum ini yang bersemuka dengan seorang remaja yang menghina anaknya menarik perhatian warganet. Namun, permintaan isterinya untuk meminta remaja berkenaan untuk melutut dan memohon maaf padanya mencetuskan reaksi dan rasa kurang senang dari warganet,

Bahkan, tindakan itu menerima teguran dari termasuk daripada penceramah terkemuka Ustaz Syamsul Debat. Sedar akan kesilapannya, Caprice memuatnaik semula video berkenaan tanpa memaparkan remaja itu melutut.

Caprice juga meminta semua pihak ‘move on’ kerana kes antara dia dan pemuda yang menghina anaknya sebelum ini sudah pun selesai. Bahkan pihak keluarga remaja berkenaan bersetuju dengan permintaan isteri Caprice.

Menerusi IG miliknya, Caprice turut memuat naik tangkap layar perbualannya dengan abang kepada lelaki tersebut.

Caprice kemudian menyeru semua netizen bersama sama membanteras budaya buli siber yang berleluasa pada ketika ini.

Sambil menyatakan bahawa semua pihak tidak seharusnya terlalu memanjakan sangat generasi muda yang ada pada hari ini. Ini untuk membolehkan mereka semua kenal apa itu adab.

Di mana abang kepada pemuda itu menyatakan bahawa mereka menerima cara tersebut dan ibunya tidak mahu hal itu dipanjangkan lagi.

Destination: