"Kawan Pinjam Kereta Buat Maksiat"– Anak Pemilik Axia Dedah Kisah Sebenar

TERKINI
May 31, 2024 - 12:10 PM


Semalam kecoh di media sosial tentang satu video di mana memaparkan satu pasangan didakwa berkelakuan dalam kereta Axia di perkarangan masjid.

Susuland dari tular video tersebut, warganet tidak menunggu lama untuk mengecam dan mencari siapa pemilik kereta Axia yang tergamak melakukan maksiat di perkaragan masjid. Selepas maklumat peribadi pemilik kenderaan dibocorkan dan juga keselamat diri dan keluarga diancam, tuan kereta terus memberikan penjelasan apa yang telah berlaku.

Menerusi perkembangan terkini, Hilmi Hamdan yang juga anak kepada pemilik Axia itu memberitahu bahawa kereta itu digunkan oleh rakan adiknya sewaktu kejadian. Pelaku sudah memohon maaf di atas tindakan mencemarkan nama baik keluarganya.

“ Ini adalah kenyataan terakhir saya berkaitan kes tular. Pesalah meminta maaf kepada keluarga kami. Pasangan lelaki dan perempuan itu hubungi ahli keluarga kami melalui panggilan telefon.

“Keluarga kami di Terengganu, manakala pesalah berada di Kuala Lumpur. Pesalah lelaki serah diri kepada ahli jawatankuasa (AJK) masjid Gombak Utara di mana kesalahan itu dibuat.

“Dia menemui sendiri perakam, tukang viral dan beberapa AJK masjid. Katanya ada kesefahaman antara kedua-dua pihak sebagai syarat permohonan maaf diterima, ujar Hilmi Hamdan menerusi Facebook.

Menurut pemuda itu lagi, dia tidak berniat untuk mendedahkan wajah pelaku dan berharap kejadian itu menjadi pengajaran buatnya pada masa akan datang.

“Ada yang minta kami dedahkan muka pesalah sebagai tanda kami tak tipu. Maaf kami bukan jenis pendendam. Pesalah adalah rakan baik adik saya. Dia juga pernah bertandang ke rumah kami di Terengganu.

“Pesalah yang kami kenal adalah seorang kawan yang baik, cuma mungkin pada hari kejadian dia sedikit ‘terbabas’ dan terpedaya dengan hasutan syaitan. Semoga Allah ampuni dosa mereka.

“Kalau kami dedah muka pesalah, bermakna kami telah membunuh masa depan seorang anak muda yang terkhilaf hari ini, yang boleh jadi akan menjadi seseorang yang berjasa pada masa akan datang,” tambahnya lagi.

Dalam pada itu, Hilmi berkataindividu yang menularkan video tersebut turut memohon maaf kerana tindakannya yang menimbulkan fitnah ke atas pemilik Axia berkenaan.

“Tukang viral juga meminta maaf kepada keluarga kami kerana kesan daripada video dia menyebabkan pemilik kereta yang dikecam. Tujuan mereka ‘amar makruf nahi mungkar’ tu sudah bagus dan berhasil bertemu dengan pesalah.

“Tetapi maharnya agak pedih kerana pemilik kereta pula yang terfitnah. Namun, kami kira ada sesuatu hikmah yang telah Allah lukiskan, untuk kebaikan semua pihak. Saya harap isu ini tamat di sini,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Masjid Gombak Utara dalam satu kenyataan turut memaklumkan pelaku telah hadir semula ke masjid untuk memohon maaf.

Pihak masjid turut menggesa orang ramai agar menurunkan video tular itu bagi mengelakkan salah faham yang berterusan.

Destination: