Bella Astillah Dah 'Move On', Tepis Dakwaan Berbaik Dengan Aliff Aziz

HIBURAN
June 04, 2024 - 11:32 AM


Kesal dengan dakwaan sudah berbaik dengan Aliff Aziz timbul, pelakon Bella menegaskan sudah meneruskan hidup dengan tenang tanpa suaminya setakat ini.

Kecewa banyak fakta diputar belit banyak pihak ketika ini, Bella atau Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 30, berkata, dia hanya meminta orang ramai berhenti mengecamnya disebabkan dakwaan tersebut.

“Saya minta tolong untuk berhenti buat tanggapan sendiri, dengar gosip-gosip dan akhirnya netizen tak tahu menahu yang hanya baca headline sahaja terus mengecam bella.

“Saya sudah lama ‘move on’ dan cuba hidup tenang,” kata Bella menerusi Instagram Story.

Dalam pada itu, dia menegaskan tindakan menolak untuk ditemu bual sejak kebelakangan ini kerana enggan timbul spekulasi sebegitu yang dicetuskan oleh portal-portal berita.

“Sebab itu, saya sudah beberapa kali menolak untuk ditemu bual kerana pada akhirnya akan terjadi berita sebegini.

“Jawab salah, tak jawab dikata sombong. Bila wakil saya jawab, macam inilah jadinya. Semua fakta dipusing.

“Saya hormat kerja media tetapi tolong hormat juga empunya badan. Tak bermakna bila saya tak nak jawab, sangkaan anda semua itu betul,” jelasnya.

Destination: