Kes Buli Esha Di Tiktok, Pemandu Lori Pula Ditahan

TERKINI
July 11, 2024 - 12:59 PM


Polis telah menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dalam kes melakukan ugutan melalui aplikasi TikTok terhadap pempengaruh, Rajeswary Appahu, 30, atau Esha yang meninggal dunia minggu lalu.

Ketua Polis Sentul Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata warga tempatan yang disyaki pengguna akaun TikTok @DulalBrothers itu ditahan di Setapak kira-kira 6.30 petang semalam.  

Semakan awal mendapati lelaki tersebut bekerja sebagai pemandu lori. 

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan iaitu melakukan ugutan jenayah, Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 kerana menyebarkan kenyataan jelik dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil kerana kelakuan aib,” katanya. 

Sebelum ini, seorang wanita berusia 35 telah ditahan bagi membantu siasatan kes sama di Rawang, Selangor pada awal pagi isnin.

Semalam, reman terhadap wanita tersebut dilanjutkan sehingga esok bagi membantu siasatan.

Sehingga kini, polis sudah merakam percakapan sembilan saksi dan akan lakukan tindakan tersebut terhadap individu lain sekiranya perlu.  

Terdahulu, seorang pempengaruh wanita berusia 29 tahun didakwa membunuh diri kerana tertekan dengan buli siber. Mayatnya ditemui di rumahnya kira-kira 11 pagi 5 Julai lalu. 

 

Sumber: Free Malaysia Today

Destination: