Kim Pan Gon Dikhabarkan Bakal Letak Jawatan

SUKAN
July 16, 2024 - 10:23 AM


Penyokong bola sepak negara dikejutkan dengan desas desus bahawa Kim Pan Gon bakal letak jawatan. Khabar angin tersebut bertambah kencang apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) bakal mengadakan satu sidang media khas pada 2 petang hari ini.

Difahamkan kemungkinan satu rombakan membabitkan barisan kejurulatihan negara bakal diumumkan termasuk kedudukan ketua jurulatih kebangsaan, Kim Pan-gon.

Begitupun beberapa sumber memaklumkan ia membabitkan perubahan dalam staf kejurulatihan negara.

Destination: