Tiada Lagi Aktiviti Berkuda Di Pantai Batu Ferringhi Bermula 9 September
TERKINIKerajaan Pulau Pinang memutuskan melarang sebarang perkhidmatan aktiviti berkuda ditawarkan di sepanjang pesisir pantai Batu Ferringhi, dekat sini bermula 1 Sept ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perancangan Bandar dan Desa negeri Jason H'ng Mooi Lye berkata keputusan dibuat susulan beberapa aduan berkaitan perkhidmatan aktiviti berkuda itu terutama isu keselamatan dan kebersihan di kawasan terbabit.
"Selain itu, terdapat beberapa faktor yang dipertimbangkan seperti kebajikan penjagaan haiwan dan kesalahan pembinaan struktur tanpa kebenaran daripada pihak yang menjalankan aktiviti berkenaan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan di Batu Ferringhi hari ini.
Beliau berkata pihaknya menerima banyak aduan daripada orang awam berkaitan soal kebersihan dan kebajikan kuda-kuda berkenaan.