Pingat Olimpik Paris 2024 Boleh Dibeli ‘Online’

GAYA HIDUP
August 07, 2024 - 02:45 PM


Demam Olimpik Paris 2024 semakin menghampiri kemuncaknya. Setakat ini, atlet negara berjaya meraih 2 pingat gangsa dari kem badminton. Bagi peminat kejohanan sukan terbesar dunia ini, tahukah anda juga boleh merasai sendiri pengalaman memegang medal?

Pingat Sukan Olimpik Paris 2024 kini dijual secara dalam talian pada harga serendah RM75.20 di platform e-dagang terkenal.

Di platform e-dagang tersebut mendapati terdapat tiga pingat iaitu emas, perak dan gangsa replika dijual pada harga berbeza.

Harga bagi pingat gangsa adalah RM75.20, perak (RM79.90), manakala emas pula berharga RM84.50. Peminat sukan berprestij itu juga boleh mendapatkan ketiga-tiga pingat tersebut pada harga RM225.

Menerusi rekod pembelian yang dipaparkan, sebanyak sembilan pingat telah terjual setakat ini.

Destination: