Dikecam Teruk Oleh Rakyat Malaysia, Shinji Nakano Mohon Maaf?

SUKAN
August 12, 2024 - 05:36 PM


Shinji Nakano menjadi subjek utama kecaman netizen apabila tindakannya menolak Shah Firdaus sehingga kemalangan sekaligus melenyapkan prospek pingat Olimpik Paris buat Malaysia. 

Warganet sukar untuk mengawal perasaan dan benar dengan marah pelumba basikal trek Jepun itu yang dianggap tiada semangat kesukanan. Ada juga yang menginginkan pelumba berusia 25 tahun dari Jepun itu digantung kerana tindakannya yang memudaratkan pelumba lain.

Namun, tular di platfrom TikTok kononnya Shinji Nakano memohon maaf pada semua rakyat Malaysia.  

Tiada sebarang pengesahan mahupun kenyaatan rasmi dari Shinji Nakano. Jadi permohonan maaf itu sekadar rekaan semata-mata atau benar dari pelumba basikal trek Jepun itu sendiri tidak dapat dipastikan. Selain itu, Adik Shah Firdaus turut meminta netizen menghentikan serangan atau buli siber ke atas atlet ini.

Destination: