Pasca Piala Asia 2023: Fifa Umum Jepun Kekal Pasukan Nombor Satu Di Asia, Malaysia Jatuh Dua Anak Tangga
SUKANSetelah kejohanan Piala Asia 2023 menamatkan tirainya pada sabtu lalu, Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) telah mengeluarkan ranking dunia terbaru membabitkan semua pasukan bola sepak.
Dalam ranking yang terbaru itu, Jepun masih lagi menjadi pasukan nombor satu Asia apabila menduduki tangga ke-18 walaupun turun satu anak tangga berbanding kedudukan mereka sebelum. Jepun kekal sebagai pasukan Asia yang terbaik walaupun tersingkir di peringkat suku akhir Piala Asia 2023.
Korea Selatan yang juga dilihat sebagai kuasa besar bola sepak Asia berada di ranking ke -22, di belakang Iran yang berada di kedudukan ke-21 ranking dunia. Australia pula berada di tangga ke-23.
π #AsianCup2023 champions πΆπ¦Qatar and finalists π―π΄ Jordan make big moves!
β #AsianCup2023 (@afcasiancup) February 15, 2024
π―π΅ Japan remain as Asiaβs best-ranked side in the latest #FIFARanking! pic.twitter.com/ZL3UG2Kato
Juara bertahan Piala Asia, Qatar berjaya naik 21 anak tangga apabila menghuni ranking ke-37, sekaligus menjadi pasukan nombor lima di rantau Asia.
Satu lagi pasukan yang berjaya melonjak tinggi ialah Jordan dimana finalis Piala Asia itu kini menghuni ranking ke-70, naik 17 anak tangga daripada ranking sebelum ini.
Di Asia Tenggara pula, Thailand muncul sebagai pasukam nombor satu di rantau ini apabila mereka berjaya memintas Vietnam dengan berada di ranking ke-101. Vietnam pula berada di ranking ke-105 dunia.
π FIFA RANKING - ASEAN ZONE (2/2024)
β ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) February 15, 2024
After 6 years, Thailand πΉπ has surpassed Vietnam π»π³ to lead Asean on the FIFA rankings#FIFA pic.twitter.com/hntknUHItA
Malaysia pula menjadi pasukan nombor tiga di Asean apabila skuad Harimau Malaya menduduki ranking ke-132, jatuh dua anak tangga berbanding sebelum ini.
Sumber: X & The Vocket