Dikaitkan Sebagai Punca Harimau Malaya Tewas, TMJ Ikrar Nak 'Bunuh' Bola Sepak Tempatan
SUKANAksi yang lemah dari Harimau Malaya di Piala Asia 2023 sehingga menyebabkan Malaysia tidak mampu mara ke pusingan seterusnya menyebabkan nama Tunku Ismail Sultan Ibrahim naik.
Ini kerana, skuad negara kalah dalam aksi menentang Bahrain, khamis lalu dikatakan berpunca dari dua orang pemain Johor Darul Takzim (JDT).
Selain kesilapan mudah oleh Akhyar Rashid yang membuang bola sehingga menghadiahkan Bahrain sepakan sudut yang membawa kepada gawang Malaysia dibolosi, kemasukkan Natxo Insa juga dipertikai ramai.
Pemilihan Natxo Insa oleh Kim Pan Gon dikatakan kerana campur tangan 'tangan ghaib' yang merujuk kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ).
Terbaru, TMJ telah memuatnaik satu hantaran di Instagram Stories yang dilihat seakan menyindir peminat tempatan yang mengecamnya dengan menyatakan bahawa baginda akan terus ‘membunuh bola sepak tanah air’.
Menurut TMJ, usaha itu bukan baharu direncanakan, sebaliknya sudah lebih satu dekad pasukan dari selatan tanah air melakukannya dan oleh itu, TMJ menyeru peminat bola sepak di Malaysia menghentikan agenda itu.
"Bukan musim ini. Pada masa akan datang. Sebagai pembunuh bola sepak tanah air dari dulu saya dah banyak kali katakan yang saya akan terus membunuh bola sepak tanah air.
"Dah 11 tahun saya merosakkan bola sepak tanah air dalam setiap aspek. Saya menyeru kepada semua penyokong bola sepak tanah air bersatu padu dan beramai-ramai hentikan agenda saya. Terima kasih dan semoga berjaya," tulis TMJ
Sumber: Instagram & Harian Metro