Taiwan Excellence Eco Fun Fair Pupuk Rasa Cinta Akan Kelestarian Alam Dan Kesedaran Ekologi
GAYA HIDUPInisiatif Taiwan Excellence Earth Month yang bermula dari 15 Julai lalu kini telah berkembang daripada acara atas talian kepada acara fizikal. Lebih daripada 2,000 orang telah menyertai inisiatif tersebut.
“One Good Habit, Love the Earth” adalah slogan untuk inisiatif pembangunan lestari global oleh Taiwan Excellence yang telah dipromosikan secara meluas termasuk di seluruh Asia Tenggara. Kempen kesedaran di media sosial ini bertujuan untuk memupuk gaya hidup mesra alam dengan menggalakkan individu membuat perubahan kecil dan mudah dalam tabiat harian mereka.
Sepanjang tempoh 42 hari ini, sebanyak 3,313 foto telah dihantar, dan warganet memberikan sambutan yang cukup baik dan turut berkongsi tabiat hijau mereka seperti pengurangan penggunaan plastik dan kertas, membawa botol air serta beg beli belah sendiri.
Lanjutan daripada kejayaan inisatif ini, acara kemuncak dengan berlangusungnya Taiwan Excellence Eco Fun Fair yang diadakan pada 1 September di Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur, telah menarik lebih daripada 200 peserta.
Acara ini menjadi platform bagi komuniti untuk bersama-sama mempromosikan perlindungan ekologi dan kelestarian, sekaligus menunjukkan komitmen rakyat Malaysia terhadap masa depan yang lebih hijau.
Eco Fun Fair adalah bukti komitmen Taiwan Excellence terhadap kelestarian. Selain itu, kerjasama dengan Kawan Guni, sebuah platform kitar semula yang berpusat di Johor Bahru, turut berkongsi tentang pengelasan sisa dan kitar semula. Para peserta juga telah menyertai pelbagai permainan cabaran dan antaranya menggunakan kertas yang boleh dibawa pulang untuk ditanam di rumah.
Selain itu, tujuh syarikat pemenang anugerah dari Taiwan turut mengambil bahagian dalam Eco Fun Fair dan mempamerkan inovasi mesra alam mereka. Antara produk yang dipamerkan termasuk kamera kertas mesra alam dari Paper Shoot, peralatan makan yang boleh dikompos daripada tebu oleh RENOUVO, filem berwarna rendah karbon dari Uplus, penapis air mudah alih luar terkecil di dunia dari Mbran Filtra, pemacu keras luar PCR mesra alam dari ADATA, pam vakum miniatur dari VAGO, dan pelbagai produk gaya hidup dengan cawan penyedut oleh FECA.
Peralatan makan mesra alam RENOUVO digunakan sepanjang Eco Fun Fair akan dikumpulkan semula untuk proses pengkomposan semasa acara penanaman pokok yang dijadualkan pada 11 September. Taiwan Excellence juga sedang bekerjasama dengan perusahaan sosial Seeds Malaysia untuk menanam 50 pokok di Akademi Al-Kadeem di Shah Alam sebagai simbol kerjasama masa depan antara Malaysia dan Taiwan, serta untuk menanam benih masa depan yang lestari bagi generasi akan datang.
Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti Taiwan Excellence, sila lawati akaun media sosial rasmi di Facebook dan Instagram.