Resepi Nasi Berlauk ala Kak Wok yang Asli, Mudah dan Sedap

FOODIE
August 03, 2017 - 09:19 AM


Nasi Berlauk ala Kak Wok sekarang amat popular bukan sahaja dikelantan malah di sekitar Lembah Klang pun dah banyak kedai nasi berlauk ala kak wong ni dibuka. Pelanggan pun boleh tahan ramai sampai beratur untuk membeli.

Raya puasa yang lepas aku balik kampung kat kelantan pun bolehtahan panjang jugak nak beratur semata-mata nak beli nasi ni. 

Memang sedap bila di makan panas-panas. 

Dekat Puchong pun banyak kedai nasi ala kak wok ni.

Sejak diperkenalkan di Kuala Lumpur, semakin ramai peniaga yang menjual menu yang sama walaupun bukan di bawah jenama Kak Wok. Ada yang sedap, ada yang tidak berapa menjadi.

Walau bagaimanapun, nasi berlauk Kak Wok yang original tetap maintain sedap!

Berikut kami kongsikan resepi nasi berlauk ala kak Wok yang berasal dari Kelantan untuk anda cuba sendiri di rumah.

Gulai Ayam

1/2 ekor ayam
1 kotak santan 200ml (jenama Kara)
2 kiub pati ayam Knorr
Air perahan asam jawa
Air
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak untuk menumis

Bahan tumisan

  • 1 labu bawang besar, dihiris nipis
  • 1 inci halia, diracik halus
  • 4 pelepah daun kari
  • 3 bunga lawang
  • 1 kayu manis
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 biji bunga cengkih
     

Bahan dijadikan pes rempah (dibancuh dengan sedikit air)

  • 4 sudu besar serbuk kari ayam
  • 4 sudu besar serbuk cili
  • 2 sudu besar serbuk rempah briyani

----------------

  • Panaskan sedikit minyak dan tumiskan bahan-bahan tumisan sehingga berbau harum.
  • Setelah naik bau wangi, masukkan pes rempah. Goreng sehingga garing dan terbit minyak.
  • Masukkan ayam dan gaul sebati.
  • Setelah ayam agak masak, masukkan santan. Boleh ditambah secawan air untuk kuah. (Jika suka kuah sedikit cair, boleh lebihkan air)
  • Tambah perahan air asam jawa dan kiub pati ayam Knorr.
  • Rasa gulai dan tambah garam atau gula mengikut citarasa.
  • Biarkan mendidih dengan api sederhana sehingga pecah minyak. Tutup api.

Ayam goreng kunyit

  • 1/2 ekor ayam, dipotong kecil-kecil
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu serbuk pati ayam Knorr
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 cawan kacang panjang, dipoton2 satu inci
  • 1 labu bawang besar, dihiris
  • Minyak untuk menggoreng

-------------

  • Gaul ayam dengan garam, serbuk pati ayam dan serbuk kunyit. Perapkan selama 15 minit.
  • Goreng ayam sehingga kuning keemasan.
  • Setelah ayam garing, angkat ayam, tos minyak dan ketepikan.
  • Panaskan 2 sudu besar minyak dan tumis bawang besar sehingga naik bau.
  • Masukkan kacang panjang dan goreng seketika sehingga masak (tetapi masih mengekalkan kerangupan).
  • Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan gaul rata.
  • Siap dan bolehlah dihidangkan.

Sambal Kelantan @ Air Lada

  • Cili hidup
  • Cili api
  • Cuka masakan
  • Garam dan gula secukup rasa

-------------

  • Kisar semua bahan menggunakan blender (boleh juga ditumbuk menggunakan lesung batu)