Pemakanan Sihat : Ini Kesalahan Besar Yang Ramai Tak Sedar.

GAYA HIDUP
September 07, 2017 - 10:53 AM


Gaya kehidupan dan pemakanan yang sihat amatlah penting untuk kita. Lagi – lagi yang dalam alam pekerjaan ini. Iyelah, keluar kerja pagi, balik dah malam. Bila masa nak bersenam.Jadi kebanyakkan daripada kita akan cuba curi – curi masa untuk buat sekurang – kurangnya 10 minit senaman ringan.

Selain senaman, salah satu factor yang menyumbang kepada gaya hidup yang sihat adalah pemakanan. Ramai dalam kalangan kita memang amalkan healthy eating, tapi, sejauh mana keberkesanan cara pemakanan kita tu? Jangan terkejut kalau lepas sebulan kita struggle nak kawal pemakanan, bila timbang… berat badan naik. Ini mungkin disebabkan cara healthy eating kita tu salah!

Ini adalah ENAM kesilapan terbesar yang sering kita lakukan ketika lakukan pemakanan sihat :

 

  1. Roti WHOLE MEAL bukanlah pilihan terbaik.

Ada yang beranggapan bahawa makan roti whole meal ini lagi elok daripada makan roti biasa. Anda SALAH!

Sebabnya, kandungan kalori dalam kedua – dua roti adalah lebih kurang sama. Jadi tak kiralah anda makan yang mana satu, jumlah kalori dalamnya tetap sama.

Ini jugak sama situasinya antara makan ice-cream dan yogurt.

 

  1. Pemakanan ‘cheat day ‘ yang salah.

Dalam kebanyakan plan untuk naikkan badan, kuruskan badan, shape up badan dan sebagainya anda akan dinasihatkan untuk jaga dan kawal pemakanan anda. Ramai yang Berjaya ikut, tetapi… bila sampai cheat day… hurm…

Memang betul, cheat day adalah hari dimana anda skip daripada rutin pemakanan yang anda kena ikut tu, tapi janganlah berlebihan.

Menurut Dr. Caroline Apovian, yang merupakan Pengarah Pusat Pengurusan Nutrisi dan Berat di Pusat Perubatan Boston, perbuatan ini ibarat anda mensabotaj diri anda sendiri. Ketika ditemuramah oleh pihak Insider.

 

  1. Kalori boleh dibuang melalui senaman.

Kita sering mengira nilai kalori dalam sesuatu makanan, kemudian kita akan buat satu aktiviti yang membakar jumlah kalori yang sama. Perbuatan ini salah. Memang akan ada kalori yang dibuang, tetapi percayalah, penurunan berat badan tidak akan berlaku. Kunci utama untuk menurunkan berat badan ialah bukan semata – mata senaman tetapi lebih kepada cara pemakanan yang betul. Ini tidak bermaksud kita tak perlu bersenam pulak.

 

  1. Memakan Salad dengan dressing yang tinggi kandungan kalori.

Pemilihan dressing yang salah ketika memakan salad juga antara kesilapan yang selalu dibuat. Makan salad dah betul, cuma apabila ditambah dengan ranch atau blue cheese misalnya.. salad kita yang sepatutnya rendah kalori itu bertukar menjadi makanan yang tinggi kandungan kalori dan lemak. Sekiranya anda tambah ranch atau blue cheese, salad itu boleh jadi ada 500 kalori!

 

 

  1. Tidak mengambil Karbohidrat langsung.

Sering kita dengar yang orang yang nak turunkan berat badan ini akan potong pengambilan karbohidrat dan diganti dengan pengambilan sayur dan protein. Contoh, tak amik nasi tapi makan ikan dan sayur sahaja. Sebab kandungan kerbohidrat dalam nasi itu tinggi. Karbohidrat ni bukan sahaja nasi tau. Kita kena ingat, karbohidrat adalah juga sejenis gula, kanji dan fiber yang terdapat dalam buah, sayuran, bijirin dan juga produk tenusu.  Cadangan untuk pengambilan karbohidrat ni adalah, kita tukar dengan makanan yang ada kandungan nutrisi yang tinggi seperti brown rice, keledek, kekacang dan buah-buahan.

 

  1. Abaikan nilai kalori dalam makanan.

Tidak dapat dinafikan, banyak mitos yang ada di internet tentang kalori. Tapi, bila sebut tentang pemakanan yang sihat, atau nak turunkan berat badan, kita sering terlupa untuk kira berapa nilai kalori yang badan kita perlu dalam sehari. Nilai kalori ini penting sebagai tenaga. Jenis pekerjaan, lifestyle dan sebagainya perlu diambil kira dalam menentukan berapa banyak kalori yang badan kita perlukan. Macam mana nak tahu berapa banyak kalori badan kita perlukan? Download lah mana mana aplikasi dalam playstore mahupun gunakan laman web yang kredibilitinya diketahui.

 

Akhir sekali, kita sebenarnya harus fokus kepada kualiti dan kuantiti. Lebijkan kuliti dalam makanan supaya kita dapat mengurangkan kuantiti makanan yang kita ambil. Kiranya, portion tu tak payah la banyak sangat. Memang ramai yang kata, bab suka, nak berlari apa semua ni boleh sangat nak buat kalau nak turunkan berat badan, atau nak maintain. Tapi, bab makan ni yang ramai sangkut. Kita kena biasakan diri dulu, mulakan sikit sikit, jangan mendadak.

Sumber : INSIDER