5 Mitos Tentang Kad Kredit Yang Anda Perlu Tahu…

GAYA HIDUP
September 11, 2017 - 11:35 AM


Walaupun terdapat lebih kurang 8 juta pengguna kad kredit di Malaysia, namum masih ramai yang sebenarnya tak berapa faham macam mana kredit kad ini berfungsi, apa charge yang dikenakan, berapa interest yang kena bayar, kalau lambat bayar berapa pulak interest dia dan sebagainya... 

Kali ni, kami di Rileklah nak bagitahu 5 mitos yang boleh kita jumpa, atau dengar jika sebut pasal kad kredit ni... 

  1. Kad Kredit Bukan Pinjaman

 

Salah! Walaupun bukan Nampak macam pinjaman, teetapi… kad kredit ni salah satu pinjaman yang tidak bercagar. Dalam jangka masa pendek, dia boleh menjadi 0% interest, tetapi jika tidak dibayar… akan mencanak jadi 18%.

 

  1. Peniaga Boleh Set Amaun Minimum

 

Tak! Tetapi itu yang berlaku pada kebanyakan peniaga/kedai di Malaysia. Kena buat pembelian atas RM 50 misalnya, baru boleh guna. Kalau ikut logic, syarikat pengeluar kredit kad ni lagi suka bila kita guna dengan kerap. Dan amaun yang sikit-sikit ni lah menguntungkan mereka. Sebab, mereka akan charge interest.

Tapi, kenapa kita selalu dengar kedai akan letak mimimum purchase? Sebab mereka ini nak elak daripada charge tambahan daripada pihak pengeluar kad kredit. Ataupun, malas nak guna terminal kredit kad tu sebab system POS diorang leech bila guna kad kredit.

 

  1. Kita hanya ada satu skor kredit

Salah jugak! Sebenarnya, kita ada banyak skor kredit lain. Misalnya CCRIS, CTOS, RAMCI dan CBM. Skor kredit inilah menentukan bahawa taraf kewangan kita ni dalam keadaan sihat atau tidak. So, selain daripada sector awam dan swasta, kita juga ada skor untuk global dan juga local.

 

  1. Tinggalkan balance sekurang-kurangnya 30% untuk ‘selamat’.

Salah! Kita tetap jugak berhutang. Skor kita tetap tak cantik. Memang ia bantu sikit dalam bayaran bulanan, kiranya kita takde la bayar banyak sangat, tapi… ia tak membawa apa – apa kesan kepada skor kredit kita.

 

  1. Cara kita spend menentukan lulus atau tak permohonan.

Pun salah! Cara kita spend duit, sama ada kad kredit atau debit tiada kena mengena dalam ini filem. Hehe. Maksudnya, lulus atau tak permohonan kad kita tu bergantung pada skor oleh pihak bank. Bukan dari cara macam mana kita uruskan kita punya perbelanjaan.

 

Tamat! Ini lah 5 mitos yang masih lagi ada orang percaya tentang kad kredit ni… Walaupun ada kad kredit, kita kena beringat, nanti kena bayar balik. Guna bila perlu atau terdesak je… =D