Bila Engineer Masuk Dapur… Ini Hasilnya…
GAYA HIDUPMenurut Wikipedia, seorang jurutera atau engineer adalah orang yang merangka, membina dan menguji struktur, bahan dan sistem sambil mempertimbangkan batasan yang dikenakan oleh praktikal, peraturan, keselamatan, dan kos.
Kita sering lihat engineer – engineer ini di site, office dan sebagainya. Jangan tak tahu, engineer juga ada sisi mereka yang lain. Mareka sebenarnya sama macam orang lain, ada hobi tersendiri, minat tersendiri dan bukanlah 24 jam dengan mesen.
Menurut Dinara Kasko, kehidupan beliau tidak ubah seperti manusia biasa yang lain. Sebagai seorang suri rumah, beliau sering memasak dan baking. Menu asas seperti kek dan pai adalah sesuatu yang biasa baginya. Tetapi, lama kelamaan muncul menjadi minat yang mendalam.
Sejak menceburi bidang pastri ini, beliau membuat keputusan untuk memasukkan elemen baru dalam hiasan dan kemasan kek. Graduan dari Universitiof Architecture and Design ini bekerja sebagai jurutera reka bentuk dan juga 3D visualizer.
Dengan menggunakan 3D printer, Dinara menghasilkan mould yang sangat dekat dengan jiwa engineer beilau. Dengan menggunakan bentuk geometri ringkas, satu warna dan unsur garisan. Lihat sahaja hasil kerja beliau ini, dah macam bukan makanan. Cantik betul, sayang pulak nak makan...
Memetik caption dari website dan Instagram Dinara, beliau mempunyai seramai 430 ribu follower yang kagum dengan setiap perincian dan kelainan yang ditonjolkan. Untuk yang berminat, beliau juga ada sediakan kelas dan juga menjual mould yang diguna untuk setiap masterpiece beliau. Kalau siapa nak try tu, boleh la beli mould ni dekat website Dinara sendiri. Sebagai contoh :
Ha... bukan sahaja jual mould, Dinara juga akan menjual sekali dengan resepinya...! Kalau menjadi, sharelah dengan kami, kalau tak jadi... cuba lagi...