Pokok Di Tanam Bentuk Kod QR Yang Hanya Boleh Di Imbas Dari Udara Untuk Join Group WeChat

GAYA HIDUP
October 04, 2017 - 04:56 PM


Dalam meningkatkan industri perlancongan di negara China, penduduk di kawasan perkampungan Xilinshui, kawasan di utara China, telah menanam ratusan pokok-pokok, sehingga membentuk satu kod QR berukuran 227 meter setiap sisi.

 

Buat mereka yang bernasib baik dapat mengimbas kod QR tersebut dari ketinggian tertentu di udara, mereka akan dibawa ke satu group WeChat.

 

 

Group tersebut merupakan group rasmi perkampungan Xilinshui, di mana pengguna boleh mendapatkan maklumat berkenaan perlancongan dikawasan ini.

Sumber: BBC News