Begini Caranya Bagaimana Nak Hindar Mulut Busuk Bila Bangun Tidur Esok Pagi

GAYA HIDUP
October 13, 2017 - 12:29 PM


Tak perlu berselindung kalau korang mempunyai masalah ini, semua orang akan laluinya. Jangan risau, masalah ini memang dianggap common pada diri kita semua.

Tapi jika ia meleret atau bau yang kian melampau, mungkin korang perlu baca penjelasan ini, bau yang kuat kadang-kadang sampai berus gigi, guna pencuci mulut pun masih ada bau.Tak banyak pun tips dia, mudah sahaja, Sebelum itu, ketahui punca kenapa boleh jadi macam ni.

 

Punca Nafas Berbau Di Waktu Pagi Pakar telinga, hidung, dan tekak Dr. Erich Voight menjelaskan bahawa masalh ini ada kaitan dengan sinus yang kronik,, selain itu individu yang mempunyai Asid Reflux di dalam tubuh badan adalah golongan yang sering mengelami masalah nafas berbau di waktu pagi.

 

Asid ini wujud disebabkan anda tidur sebelum makan, ini kerana proses penghadaman berlaku sewaktu kita tidur dan kita berada di kedudukan yang tak seimbang (baring), jadi campuran asid dan sisa makanan di dalam perut kita juga akan diproses dalam keadaan yang tak seimbang.

 

Caranya:

 

Jangan Makan 3 Jam Sebelum Tidur!

 

Jadi, sisa makanan yang sepatutnya turun ke organ G I Tract terganggu sehingga menyebabkan refluks (wap asid) naik ke dada dan tekak anda.

Dan itulah penyebab utama nafas berbau. Jijik bukan? Satu-satunya cara adalah jangan makan sekurang-kurangnya 3 jam sebelum tidur