Kali Pertama Sejak Merdeka Rakyat Malaysia Bakal Mengundi Pada Hari Rabu (9 Mei 2018)

TERKINI
April 10, 2018 - 02:08 PM


Tarikh untuk rakyat Malaysia keluar mengundi telahpun diumumkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) iaitu pada 9 Mei ini. Pengumuman itu disampaikan sendiri oleh pengerusi SPR, Tan Sri Mohamad Hashim Abdullah di mesyuarat khas PRU yang diadakan di ibu pejabat SPR di Putrajaya pagi tadi.

Beliau turut mengumumkan proses pengundian awal akan berlangsung pada 5 Mei dan tarikh tutup undi pos adalah pada 28 April bagi kategori 21(c). Tempoh berkempen PRU kali ini berlangsung agak pendek iaitu 11 hari bermula pada hari penamaan calon pada 28 April.

SPR menjemput 14 negara sebagai pemerhati antarabangsa untuk PRU-14 sebagai pemerhati. Tambah beliau, SPR tidak mengiktiraf mana-mana organisasi dan individu lain selain yang dilantik oleh SPR sebagai pemerhati PRU-14.

Jadi hari mengundi jatuh kepada hari rabu. Kebiasaannya kita mengundi pada hari mingu. Tapi kali ini nampaknya kita bakal mengndi pada hari bekerja. Tetapi jangan risau pada 9 mei nanti akan di umunkan cuti khas bagi memberi peluang kepada rakyat Malaysia mengundi. Jangan lupa buatlah pilihan yang bijak!

Tentang 9 Mei yang jatuh pada hari rabu juga merupakan kali pertama rakyat Malaysia mengundi pada hari rabu selepas pembentukan Malaysia pada tahun 1963 bersama Sarawak dan Sabah!