Larangan Terbaharu Hari Malaysia Memilih - 'Handphone' Tak Boleh Dibawa Masuk!

TERKINI
November 10, 2022 - 01:37 AM


Tiada lagi telefon bimbit atau telefon pintar dibenarkan untuk dibawa masuk ketika proses membuang undi dilakukan dalam bilik pengundian pada Pilihan Raya Umum ke-15, Sabtu depan (19 November 2022)!

Itu peraturan terbaharu Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) kepada semua pengundi yang diumumkan menerusi sebaran sebuah poster "Langkah Pengundian" di Facebook rasminya semalam (9 Nov).

Melalui poster itu, jelas menunjukkan larangan membawa telefon bimbit dilukis pada langkah ke-6 di mana pengundi perlu menyerahkan telefon bimbit mereka sebelum menanda kertas undi di petak undi.

“Bergerak ke meja Ketua Tempat Mengundi (KTM) untuk meninggalkan telefon bimbit,” menurut poster itu.

Selesai memasukkan kertas undi ke dalam peti undi, pengundi boleh mengambil semula telefon bimbit daripada KTM itu tadi dan keluar meninggalkan ruangan tersebut.

Ini bermakna pengundi tidak dibenarkan merakam gambar atau video dengan kertas undi yang diterima di ruangan tersebut.

Mac lalu, Parlimen diberitahu kerajaan tidak akan menghalang pengundi untuk membawa telefon pintar ketika proses pengundian dijalankan dalam pilihan raya dan menyifatkan tiada keperluan untuk kerajaan melaksanakan larangan tersebut pada masa kini.

Sebelumnya perkara itu dibangkitkan susulan tular di media sosial perkongsian kertas undi pilihan raya negeri.

Baru-baru ini, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dilaporkan menyarankan SPR untuk mengenakan larangan itu bagi mengelak budaya rasuah.

Beliau mengingatkan SPR bahawa pengundi boleh menunjukkan gambar kertas undi yang dipangkahnya kepada parti politik untuk mendapat habuan.

 

Destination: