Aktiviti Menarik Dan Tarikan Di Koh Lipe, Thailand
TRAVELKoh Lipe; antara pulau yang wajib korang pergi di Thailand selain Krabi, Phuket, Koh Samui dan lain-lain. Dalam banyak-banyak pulau, ini merupakan antara yang paling dekat dengan Malaysia, 30km sahaja.
Kalau hari yang tenang, cuaca cerah, boleh nampak dari Langkawi. Kalau nak diikutkan, Koh Lipe ni tidaklah besar mana, jadi kalau day trip boleh selesai semuanya. Tapi kalau korang nak habiskan masa yang lama, ada sekitar 10 pulau lain berdekatan Koh Lipe ni yang tak berpenghuni tapi, korang boleh je pegi melawat.
Selain dari ke Taman Negara Tarutao yang ada di Koh Lipe, ada banyak lagi aktiviti menarik ataupun aktiviti yang boleh dilakukan di Koh Lipe yang mendapat jolokan 'Malvides' Thailand ni.
Sebelum tengok aktiviti, pertukaran wang semasa adalah RM1 bersamaan 7.8 Baht.
#1. Tengok Sunset, Sunrise
Aktiviti biasa yang boleh kita lakukan bila ada dekat kawasan pantai ni adalah mengagumi pemandangan sunset atau sunrise. Boleh dikatakan setiap hari dia akan ‘berbeza’, jadi siap-siaplah dengan kamera, snap gambar cantik-cantik.
#2. Hiking Ke Viewpoint Koh Adang
Kalau nak menikmati pemandangan penuh Koh Lipe, korang boleh menaiki bot (100 baht/orang) untuk ke Koh Adang. Boleh cari pengendali-pengendali bot yang ada dekat Sunrise Beach tu. Kalau rasa nak adventure, cubalah berkayak ke Koh Adang. Jangan terlajak sampai Langkawi sudah.
Tiba di Koh Adang, korang tuju ke pejabat renger dekat sana untuk dapatkan peta. Ada 3 viewpoint kesemuanya, perjalanan ambil masa kira-kira 45 minit hingga sejam.
p/s : Jangan lupa bawak air lebih, jauh nak hiking tu.
#3. Explore Kawasan Setempat
Disebabkan saiz Koh Lipe ni tak besar mana, korang susah nak sesat. Terlupa jalan tu mugkin. Yang penting, korang cubalah explore pulau ni dengan berjalan kaki. Ikut segala papan tanda yang ada, mungkin akan terjumpa tempat makan atau tempat lepak yang best.
#4. Sewa Kayak
Sewa kayak di Koh Lipe boleh dalam jangka masa pendek, untuk beberapa jam atau korang nak sewa sehari. Ada beberapa pulau-pulau kecik sekitar Sunrise beach yang korang boleh sampai menaiki kayak. Dalam 10 ke 15 minit perjalanan macam tu. Sewa kayak pun dalam 300 baht untuk sehari atau 150 baht (RM19) untuk sejam – harga berbeza ikut pengusaha jugak.
#5. Dapatkan Massage
Kalau ke Thailand, rugilah kalau tak cuba urutan ‘original’ Thai kan. Tapi, pastikan korang cari yang betul lah. (Korang faham apa yang kami cuba cakap kan?)
Sekitar Koh Lipe ni, dalam 300 baht untuk urut kaki dan sekitar 400 baht untuk urutan penuh badan.
Biasanya urutan yang best adalah ditepi pantai, korang bayangkan angin pantai bertiup masa korang tengah diurut tu, fuh. Feeling dia lain beb.
#6. Snorkelling Dari Pantai
Ada banyak resort atau tempat ditepi pantai yang menyediakan perkhidmatan sewaan alat untuk snorkelling ni. Macam kami cakap sebelum ni, terumbu karang akan ada sekitar 3 ke 4 meter dari pantai. Jadi korang tak perlu nak naik bot dan sebagainya.
#7. Sertai Kerja Amal Trash Hero
Sekali sekala buat kerja amal masa bercuti pun apa salahnya kan? Kalau nak tahu, Koh Lipe ni sentiasa cantik disebabkan ada usaha macam Trash Hero ini lah. Sebab itu, Koh Lipe antara pulau yang tercantik di Thailand.
#8. Memancing di Koh Lipe
Selain banyak aktiviti macam island hopping, berkayak atau berjemur dekat pantai, korang boleh tanyakan penduduk tempatan untuk join fishing trip diorang. Ada dua cara, sama ada nak uruskan dengan pengusaha bot, atau melalui agen yang ada dekat sana.
Harga, itu bergantung kepada lokasi dengan masa korang persetujui untuk trip berkenaan lah.
Setakat ini, itu sahaja yang kami rasa menarik. Tapi setiap orang definasi menarik tu berbeza. Pendek kata, korang kena kesana dulu baru tahu apa yang betul-betul dan sebenar-benarnya menarik untuk dibuat.
Ha, selain tu… Nak jugak cerita pasal fasiliti yang ada di sekitar Koh Lipe.
ATM – Setakat yang kami tahu, ada 4 buah ATM (mungkin dah bertambah) di Koh Lipe ni.
Imigresen – Pejabat Imigresen terletak dekat Pattaya Beach, bersebelahan dengan Bundhaya Resort. Tapi ia dibuka dari bulan Oktober hingga Mei sahaja. Ini untuk pelancong Malaysia.
Polis & Polis Pelancong – Balai polus terletak di belakang pejabat imigresen, kalau-kalau korang perlukan bantuan, ada ramai sukarelawan polis berada di sekitar Koh Lipe. Nak cari senang je, diorang akan pakai baju hitam tulisan tourist police.
Hospital – Kalau kata korang perlukan bantuan perubatan, hospital Koh Lipe terletak di Sunrise Beach. Kalau ada kecederaan kecil tu, klinik pun ada berhampiran dengan Restoran Pooh. Dikhabarkan, semua jenis insurans travel diterima. Hospital swasta pula hanya 200 meter dari Pattaya Beach.
7 eleven – Dekat Koh Lipe, setakat ni ada 2 buah 7 eleven sahaja. Mungkin kedai serbaneka lain ada, tapi 7 eleven, ada dua. Dua-duanya berada di Walking Street.
Kalau korang nak ke Koh Lipe, jangan lupa baca entri Koh Lipe – ‘Maldives’ of Thailand