Komodo Island Indonesia Ditutup Kepada Pelancong Bermula Januari
TERKINIPulau Komodo, Indonesia yang terkenal sebagai pulau yang mempunyai banyak biawak Komodo nampaknya akan ditutup kepada pelancong selepas pihak berkuasa mendapati berlakunya aktiviti penyeludupan haiwan berkenaan.
Menurut laporan surat khabar Indonesia, Tempo, pihak kerajaan akan menutup sementara destinasi popular tarikan pelancong tersebut pada Januari 2020 sehingga satu tarikh dan tempoh yang akan diberitahu kemudian.
Sepanjang penutupan Pulau Komodo berkenaan, kerja-kerja pemuliharaan akan dilakukan terutamanya dalam usaha mengembangkan dan menambah populasi haiwan berkenaan di pulau tersebut. Ia termasuklah kajian terhadap makanan, spesis tumbuhan dan lain-lain.
Penutupan Pulau Komodo ini diumumkan selepas pihak berkuasa berjaya menumpakan sindiket penyeludupan yang ingin menjual kira-kira 41 ekor biawak berkenaan yang dijangkakan berharga 500 Juta Rupiah untuk seekor, sekitar RM150 ribu.
Sememangnya, biawak Komodo adalah spesis yang dilindungi dan mempunyai status terancam serta biawak yang terbesar di dunia. Ia mampu membesar sehingga 10 kaki dan terkenal dengan mempunyai air liur yang sangat beracun.
Terkini, dijangkakan hanya terdapat 6,000 biawak Komodo liar di dunia dan kesemuanya bertumpu di Komodo National Park, Indonesia.
Ini bukanlah kes pertama tempat tumpuan pelancongan ditutup kepada awam kerana sebelum ini, Boracay pun pernah ditutup sementara kerana rosak teruk disebabkan industri pelancongan.
Nota Editor : Jadilah pelancong yang bijak dan berhemah serta beretika. Jangan tunjuk sangat perangai ‘kampung’ tu bila di tempat orang.