Nak Tengok Duyung Pakai Baju Emas? Jom Pergi Jakarta, Indonesia!

TERKINI
April 10, 2019 - 04:00 PM


Siapa yang pernah berkunjung ke Jakarta, Indonesia dan sempat melawat ke Taman Impian Ancol atau lebih dikenali sebagai ‘Ancol Dreamland’?

Ancol sebenarnya merupakan sebuah taman tema yang sangat luas dan dilengkapi dengan pelbagai tarikan seperti taman rekreasi, pantai, gondola, muzium, resort dan taman botani untuk percutian bagi seisi keluarga.

Tak hairanlah lokasi ini antara yang wajib untuk dilawati oleh pelancong luar yang berkunjung ke Jakarta.

Tapi, bukan itu yang nak diceritakan admin.

Sebenarnya ada sesuatu yang unik kalau korang berkunjung ke Ancol Dreamland ini iaitu semua ukiran patung ikan duyung yang menghiasi sekeliling taman tema tersebut ditutupi dengan kain yang berwarna emas di bahagian dadanya.

Patung-patung duyung itu sebelum ini merupakan tugu bogel.

Tapi sejak bulan lepas, patung duyung itu menjadi viral di media sosial kerana pihak pengurusan Ancol menyuntik elemen ‘nilai Ketimuran’ dengan membalut payudara duyung berkenaan dengan fabrik kuning keemasan atau disebut ‘Kemben’ oleh orang Indonesia.

Memetik laporan media Indonesia, Pengurus Komunikasi Korporat Ancol, Rika Lestari memaklumkan tindakan ‘menutup aurat’ patung duyung itu dilakukan bersesuai dengan norma dan budaya masyarakat Timur.

Selain itu, memandangkan Ancol Dreamland sering menjadi lokasi percutian untuk keluarga yang turut membawa anak-anak kecil, langkah lebih sopan itu diambil meskipun pihaknya tahu ia akan menjadi bahan untuk dipersendakan oleh netizen.

 

 

Destination: