My Voice My Nation 2019 – Program Memupuk Seni Pengucapan Awam

GAYA HIDUP
May 24, 2019 - 07:18 PM


Sebuah forum pengucapan awam bermotivasi serta konsert amal My Voice My Nation 2019 yang dianjurkan oleh Sannie Movement (M) Sdn Bhd dan Relement Group Sdn Bhd bakal diadakan di Axiata Arena, Bukit Jalil pada Jun nanti.

Program yang mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya ini merupakan sebuah acara ‘edutainment’ yang mana akan menampilkan ramai personaliti terkemuka dalam seni pengucapan awam dalam dan luar negara.

Dalam program ini, personaliti daripada pelbagai latar belakang dari dalam dan luar negara bakal melakukan perkongsian berkisarkan perjalanan hidup mereka untuk dijadikan sumber inspirasi kepada penonton.

Mendapat ilham daripada program induk di China, program ini akan menampilkan ramai barisan speaker yang hebat dan berprestij. Antaranya adalah YAB Perdana Menteri kita sendiri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan persembahan istimewa daripada Tun Dr. Siti Hasmah.

Selain itu, antara nama yang akan terlibat dalam perkongsian termasuklah,  Menteri Belia & Sukan, YB Syed Saddiq yang cukup terkenal dengan kepetahannya berdebat dan CEO Air Asia, Tan Sri Tony Fernandes.

My Voice My Nation 2019 juga bakal diserikan dengan pelancaran Yayasan Atlet Paralimpik Malaysia sambil menerima sumbangan yang akan disampaikan pada malam 26 Jun 2019 nanti.

Menurut Pengerusi My Voice My Nation 2019, Cik Sannie Lee, program seperti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan kepada rakyat Malaysia selain memupuk budaya menyambut baik perbincangan intelektual serta memberikan pandangan baru terhadap seni pengucapan awam terutamanya di Malaysia.

Sementara itu, YB Syed Saddiq dalam ucapannya mengharapkan program seperti ini bakal memberikan impak positif kepada rakyat Malaysia terutamanya kepada golongan belia dan secara tidak langsung, golongan belia dapat memperkasakan pemikiran serta menyemarakkan patriotisme.

TIket boleh dibeli di www.myticket.asia ; dan berikut adalah pelan tempat duduk dan harga tiket bagi program berkenaan :

Maklumat lanjut mengenai My Voice My Nation 2019 boleh diperolehi di facebook : My Voice My Nation 2019.


[ My Voice My Nation 2019 ]

Tarikh : 26 Jun 2019

Masa : 7 malam

Tempat : Axiata Arena, Bukit Jalil

;