Pulau Pinang Tersenarai Sebagai Destinasi Untuk Mengalami ‘Pengalaman Asia’
TERKINICNN Travel baru-baru ini telah senaraikan Pulau Pinanag sebagai destinasi terbaik untuk dilawati sekiranya inginkan ‘pengalaman Asia’ yang menyeluruh bersama 16 lagi destinasi lain.
Pulau Pinang dipilih berdasarkan kepelbagaian yang ada pada bandarnya, pulau dan keseluruhan negeri tersebut yang disebutkan sebagai mencabar.
Menurut CNN Travel, negeri dengan gelaran Pulau Mutiara berkenaan adalah syurga bagi penggemar makanan dan juga penggemar seni bina.
Sebagai contoh, bandar George Town adalah salah sebuah tarikan di Pulau Pinang. Faktor utama adalah seni bina bangunan yang berasaskan senibina zaman Kolonial British.
Kawasan persisiran Pulau Pinang sangat terkenal sebagai destinasi yang mempunyai makanan terbaik di dunia yang mempunyai pelbagai latarbelakang dan jenis masakan daripada kaum Melayu, India dan Cina.
Selain Pulau Pinang, destinasi lain yang mempunyai peranan yang sama tersenarai adalah Bali dan Yogyakarta di Indonesia, Luang Prabang di Laos, Kyoto di Jepun, Rajasthan di India, Hong Kong, Siem Reap di Cambodia, Chiang Rai di Thailand, Phu Quoc di Vietnam, Bhutan, Kathmandu di Nepal dan Seoul di Korea Selatan.
Ini adalah bukan kali pertama Pulau Pinang mendapat pengiktirafan dari media luar kerana sebelum ini CNN Travel turut menamakan Pulau Pinang sebagai destinasi pelancongan popular disamping Sepanyol dan Greece.
Pada 2016, majalah Forbes juga pernah menamakan Pulau Pinang sebagai destinasi percutian dengan perbelanjaan rendah.
Baca Juga : Acara Menarik Sepanjang Festival Pulau Pinang Jun-Julai Ini
Nota Editor : Sayang kalau kita sendiri tak hargai tempat yang di’angkat’ begitu tinggi oleh orang luar.