'Teksi Air' - Mod Pengangkutan Awam Baru Di Pulau Pinang, Mula Operasi 2024

TERKINI
December 12, 2022 - 12:46 PM


Pulau Pinang bakal mempunyai perkhidmatan teksi air lengkap yang dijangka beroperasi pada 2024.

Exco Infrastruktur dan Pengangkutan, Zairil Khir Johari berkata, perkhidmatan tersebut merupakan mod pengangkutan awam baharu yang boleh digunakan oleh orang awam di Pulau Pinang.

Menurutnya, perkhidmatan teksi air itu juga antara yang terkandung dalam Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP) yang bernilai RM46 bilion.

"Perkhidmatan teksi air ini bakal dijadikan satu akses tambahan kepada orang awam untuk perjalanan jarak jauh di kawasan bandar. Contohnya perjalanan transit kerja, urusan kerajaan, aktiviti harian, urusan peribadi dan sebagainya.

"Selain itu, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan kesesakan lalu lintas di kawasan pulau. Di samping itu, cadangan perkhidmatan teksi air ini juga bertujuan menggalakkan aktiviti pelancongan di Pulau Pinang," katanya.

Susulan daripada itu, kerajaan negeri bersama Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) telah membuka Request For Proposal (RFP) untuk syarikat-syarikat yang berminat untuk menyertai tender projek tersebut.

Zairil berkata, syarikat yang ingin menyertai RFP itu dikehendaki mematuhi syarat dan keperluan seperti yang dinyatakan di dalam dokumen RFP.

Syarikat yang berminat perlu berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) atau Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) serta mempunyai modal berbayar (paid up capital) sekurang-kurangnya RM500,000 untuk menyertai RFP ini.

Sumber: Sinar Harian

Destination: