Paksa Pelancong Membeli Belah, Tour Guide Di Guilin Digantung Lesen!

TERKINI
June 18, 2019 - 12:40 PM


 Pemandu pelancong atau tour guide sepatutnya menjadi seseorang atau sumber yang paling boleh dipercayai ketika melancong. Manakan tidak, bayaran untuk perkhidmatan seseorang tour guide ini bukanlah murah. Sebagai contoh, pakej tour di Guilin ni untuk 3 hari adalah RM780 untuk seorang. Namun, kes terbaru yang berlaku di Guilin ini mungkin akan menyebabkan ramai pelancong lebih berhati-hati.

Sebuah portal berita online China QQ.com baru-baru ini melaporkan berkenaan sebuah video viral yang tersebar di media-media sosial China yang mana seorang pemandu pelancong didapati memaksa pelancong untuk membeli belah dalam satu daripada tournya.

Hanya dikenali sebagai Zhao, pemandu pelancong ini memaksa sekumpulan pelancong untuk membelanjakan sekurang-kurangnya 20,000 yuan (RM12,000)  di sebuah kedai di Guilin.

“ Kamu ada satu jam untuk belanjakan duit dan saya tak mahu dengan alasan” begitulah lebih kurang perbualan Zhao kepada pelancong yang terakan di dalam video yang telah tersebar luas di media sosial China.

Menurut laporan, kejadian tersebut berlaku awal bulan lalu, 1 Jun.

“ Korang boleh bagi macam-macam alasan taknak beli, korang boleh cakap korang dah ada banyak benda ni di rumah. Itu semua saya taknak tahu. Yang saya tahu kamu dah pilih kumpulan ini… turun dari bas dan belanjakan 20,000 Yuan dalam masa satu jam”.

Inilah dialog yang berjaya dirakam oleh seorang mangsa dalam kejadian tersebut.

Difahamkan, lesen pemandu pelancong milik Zhao telah ditarik balik.

Menurut sumber, sepatutnya mereka hanya melawat 3 kedai tetapi Zhao membawa mereka ke 6 kedai untuk membeli belah. Zhao kemudiannya diminta untuk memohon maaf kepada kumpulan berkenaan dan lesennya telah ditarik.

Malangnya, kami tak dapat nama syarikat berkenaan. Namun, korang yang nak ke Guilin tu, berhati-hati lah.


PILIHAN EDITOR

Destination: