Cantiknya Pramugari Garuda Indonesia Berimej Baharu Dengan Kebaya Renda!
TERKINIGaruda Indonesia baru-baru ini telah membuat suatu pembaharuan terhadap pakaian seragam pramugarinya apabila tampil dengan imej kebaya khas Indonesia.
Pramugari Garuda Indonesia kini kelihatan lebih ayu dan jelita dalam kebaya renda dengan rona merah jambu lembut dan warna keemasan hasil rekaan pereka fesyen ternama Indonesia, Anne Avantie.
Kebaya itu dipadankan dengan kain bermotif batik Indonesia serta dihiasi dengan selendang berwarna ungu muda yang disematkan di pinggang para pramugari Garuda Indonesia.
Bagaimanapun, kebaya tersebut hanya dipakai oleh pramugari untuk penerbangan istimewa yang dipanggil sebagai "Kebaya Pertiwi Special Flight" bagi laluan Jakarta-Semarang.
"Kebaya Pertiwi Special Flight” merupakan bentuk komitmen Garuda Indonesia untuk turut menjaga dan melestarikan kebaya sebagai salah satu warisan budaya Indonesia yang telah menjadi identiti wanita Indonesia hingga ke hari ini.
Malah, dengan penampilan baharu yang dibawa oleh Garuda Indonesia itu juga diharap membantu mengharumkan lagi nama Indonesia di mata dunia.
Sebelum ini, Garuda Indonesia juga pernah membuat beberapa promosi untuk menghargai pelanggannya dengan membawakan “The New Flight Experience”; “#GIAccoustic” – menghadirkan konsert muzik akustik dalam pesawatnya, “Signature Dish” – sajian menu makanan khas Indonesia, perayaan hari Kartini dengan “Male Flight” serta penerbangan dengan hiburan muzik lama menerusi “Vintage Flight”.
Sumber: Travel Kompas