Taman Tamadun Islam Bakal Miliki 3 Lagi Produk Pelancongan Baharu

TERKINI
July 15, 2019 - 12:10 PM


Taman Tamadun Islam (TTI) di Kuala Terengganu bakal mempunyai 3 lagi produk pelancongan baharu sebelum akhir tahun ini bagi melonjakkan kehadiran lebih ramai pelancong ke kawasan berkenaan.

Produk baharu itu ialah taman tema mini, taman burung dan muzium tiga dimensi (3D).

Ketiga-tiga projek tersebut diharap dapat dimulakan secepat mungkin supaya sasaran untuk meningkatkan kehadiran pelancong kepada 700,000 orang pada tahun ini, berbanding hanya 665,000 pada tahun lepas.

Menurut Bernama, kertas cadangan berhubung perkara itu akan dikemukakan kepada kerajaan Negeri Terengganu untuk dipertimbangkan dan kelulusan.

Ketika ini, Taman Tamadun Islam mempunyai beberapa tarikan utama pelancong seperti Taman Monumen, pakej menyusuri Sungai Terengganu (River Cruise), restoran B Beteng, Masjid Kristal, aneka produk di kedai cenderahati dan Pusat Konvensyen yang selesa untuk pelbagai majlis.

TTI River Cruise

Sekiranya diluluskan kelak, taman tema mini yang baharu itu bakal menjadi tumpuan orang ramai memandangkan Kuala Terengganu masih belum mempunyai tempat rekreasi seumpama itu setakat ini.

Begitu juga dengan muzium 3D bakal menjadi yang pertama di Kuala Terengganu dan pasti menjadi tumpuan orang ramai terutama anak-anak muda kerana golongan ini gemar memuat naik gambar-gambar cantik serta unik di laman media sosial mereka.

Kredit: Chillout, Soulout & Freakout

Bagi taman burung pula, pelbagai spesies burung kakak tua akan ditempatkan di situ yang mana haiwan berkenaan akan didapatkan daripada pengusaha burung tempatan.

Restoran B Beteng