Amerika Buka Taman Rekreasi Terbesar Dalam Mall, 25 Oktober Ini!

TERKINI
October 14, 2019 - 06:41 PM


Dubai mungkin terkenal dengan pembinaan pusat beli-belah terbesar dan paling mewah di seluruh dunia.

Namun, Amerika Syarikat khabarnya bakal menewaskan Dubai apabila kompleks mega seluas 3 juta kaki persegi yang dinamakan American Dream Shopping and Entertainment Complex akan dibuka secara rasmi pada 25 Oktober ini.

Kompleks mega itu bukan sahaja menempatkan ratusan kedai dan butik-butik mewah daripada pelbagai jenama seperti Hermès, Moncler, Tiffany & Co. dan sebagainya, bahkan kompleks untuk aktiviti hiburan dan rekreasinya juga dikatakan sangat gempak!

Bayangkan 16 hektar kawasan disediakan untuk para pengunjung dengan 3 tarikan utama iaitu :

1) Nickelodeon Universe Theme Park yang terdapat roller coaster gergasi dan permainan untuk kanak-kanak seawal usia 1 tahun dan ke atas.

2) DreamWorks Water Park taman tema air dalam bangunan yang dilitupi atap kaca dengan rekaan seakan-akan pantai tiruan.

3) Big Snow America pengunjung berpeluang bermain aktiviti meluncur ais dalam bangunan tetapi seakan berada di Pergunungan Alps.

 

Antara tarikan lain yang turut ditawarkan di kompleks mega itu ialah pengalaman bermain golf di lapangan mini 18 lubang dalam bangunan.

Bukan itu saja, malah para pengunjung juga boleh berjalan-jalan menikmati keindahan khazanah lautan marin di sebuah akuarium raksasa, menonton di panggung wayang mewah serta bermain bersama anak-anak di taman permainan Lego iaitu Legoland.

American Dream Shopping and Entertainment Complex ini mempunyai lokasi yang strategik iaitu di Saks Fifth Avenue dan Barney's New York.

Terdapat lebih daripada 100 tempat makan yang boleh dipilih, malah ia juga menyediakan sebanyak 30,000 tempat letak kereta untuk pengunjungnya.

Sumber: The Sun 

Destination: