Info Ringkas Kuantan, Pahang

TRAVEL
August 02, 2019 - 02:35 PM


Kuantan merupakan sebuah daerah dan juga merupakan ibu negeri bagi Pahang. Populasi penduduk di Kuantan terdiri daripada 50% kaum melayu, 37% kaum cina, 10% kaum India dan 1% merupakan daripada kaum yang berlainan.

Kalau nak tahu, Kuantan merupakan bandar ke-18 terbesar di Malaysia dan dahulunya, pusat pemerintahan Pahang memang terletak di Kuantan, sebelum dipindahkan ke Kuala Lipis pada 1955.

Ada dua cara untuk sampai ke Kuantan, sama ada jalan darat melalui Lebuhraya Pantai Timur atau lebih popular dengan panggilan manja Highway Karak yang bermula dekat Gombak tu. Kalau dari Kuala Lumpur, dalam 2 jam 30 minit hingga 3 jam lah pemanduan. Cara kedua, laluan udara dan turun di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah.

TARIKAN MENARIK

Disebabkan statusnya sebagai ibu negeri, jadi bandar Kuantan ni boleh dikatakan agak meriah dan banyak tarikan selain menjadi pilihan orang Key El (KL) kalau nak bercuti ‘dekat-dekat’.

Terdapat Pantai Beserah 10 kilometer dari Kuantan, dan dekat sini sebenarnya ada perkampungan nelayan dan ianya terkenal dengan seafood. Selain pantai, tarikan ‘nature’ juga ada iaitu di Gua Charas.

Kalau minat sejarah, boleh ke Muzium Tokoh Negeri yang memyimpan segala ‘rahsia’ Kesultanan Melayu, artifak dan macam – macam lagi barang berkaitan dengan sejarah negara dan sejarah Pahang sendiri.

MAKANAN

Dari segi makanan, macam yang kita ketahui Pahang ni dia dah temasuk dalam kawasan Pantai Timur, jadi seafood, keropok – keropok memang meriah lah.

Paling dicari, semestinya ikan patin, ataupun sambal hitam~ 

Dalam entri seterusnya, kami akan kongsikan segalanya tentang Kuantan ni… Tunggu~

 

Destination: