Hotel Mesra Keluarga Menarik Di Osaka, Jepun

August 15, 2019 - 12:51 PM


Kalau korang pernah ke Tokyo, mungkin korang dah rasai kesibukan kota metropolitan tu kan? Kalau teringin ke Jepun sekali lagi dengan keluarga, apa kata tuju ke Osaka pulak. Katanya Osaka ni adalah Tokyo versi yang lebih tenang dan kecik.

Di Osaka, kalau nak tahu ada banyak tarikan menarik dan memang sesuai untuk percutian sekeluarga.

Seperti yang kita ketahui, orang Jepun ni memang suka perkara yang pelik dan menarik. Jadi tidak hairan kalau dalam senarai hotel mesra keluarga ni, banyak hotel bertema dan boleh dikatakan anak – anak pasti suka.

#1. Hotel Universal Port – Rating 9.0

Hanya 6 minit perjalanan dari Universal Studios Japan, hotel ini merupakan hotel rasmi kepada Universal Studio. Jangan terkejut, memang keseluruhan hotel ini bertemakan kartun di bawah jenama yang sama dan tema ini akan bertukar dalam jangka masa yang ditetapkan.

Jika anak – anak akan terpesona dengan tema hotel ini, ibu bapa sudah pastinya akan suka akan perkhidmatan yang ditawarkan di hotel ini. Oh, ada pantai berdekatan hotel juga, sekitar 600 meter.

Harga per malam : ~RM 432

 

#2. The Park Front – Rating 9.1

Kalau ada planning nak ke Universal Studios Japan, disarankan korang menginap di Hotel ini sahaja kalau nak dekat. Sebabnya, memang hotel ini terletak di Universal Studios Japan tu.

Menariknya, di hotel ini mereka sediakan paparan digital untuk memberikan kemaskini barisan di taman tema berkenaan. Jadi, kalau rasa barisan panjang, tunggu la dekat hotel dulu.

Selain itu, kebanyakan aspek di hotel ini ditujukan untuk kanak – kanak selain setiap tingkat hotel mempunyai reka bentuk dalaman untuk mewakili sejarah Amerika dari dahulu, kini dan masa depan. Tak cukup disitu, restoran Akala juga sengaja direka untuk memenuhi kehendak anak – anak.

Harga per malam : ~RM 433


BACA JUGA


#3. Spaworld Onsen From Around The World – Rating 7.6

Jika anda mencari kelainan pada penginapan, boleh cuba konsep hotel Spaworld Onsen ini. Korang akan diberi peluang untuk merasai pengalaman rawatan spa dari seluruh pelusuk dunia di bawah satu bumbung. Cuma kalau anak – anak tu, umur 11 tahun ke atas sahaja baru dibenarkan cuba spa mereka.

Antara yang menarik adalah spa Turki atau hammam ataupun forest bath Canada. Kalau nak merasa ke Itali, ada juga replika Trevi Fountain!

Selain itu, ada Amusement Pool untuk kanak – kanak dibawah 11 tahun untuk bermain. Jadi mereka tidaklah cemburu kalau abang atau kakak mereka boleh memanjakan diri di spa!

Harga per malam : ~RM 549

 

#4. Keihan Universal City – Rating 8.2

Keihan Universal City ini merupakan salah satu hotel rasmi Universal Studios Japan juga dan ianya sangat dekat dengan stesyen keretapi bawah tanah.

Daya tarikan hotel ini terletak pada hiasan dalaman yang bertemakan seni Hollywood selain menggunakan kemasan warna terang.

Bilik di hotel ini dikelaskan sebagai ‘Hutan’. ‘Tasik’ dan ‘Filem’ selain setiap dinding akan dipadankan dengan mural mengikut kategori bilik berkenaan dan disebabkan Keihan ini merupakan hotel rasmi USJ, tiket untuk ke Universal Studios, Osaka Aquarium dan pelbagai lagi tarikan boleh dibeli disini.

Harga per malam : ~RM307

 

#5. Imperial Hotel Osaka – Rating 9.1

Kalau anak anda, mahupun anda sendiri peminat kartun Snoopy Imperial Hotel adalah hotel yang paling sesuai untuk anda sekeluarga kerana salah satu bilik bertema mereka ada watak ini. Dari alas kaki, baju mandi sehinggalah cadar, semuanya mengikut tema.

Jika bawa anak dibawah umur 12 tahun, beritahu pihak hotel lebih awal. Mereka akan sediakan set yang comel untuk kanak-kanak.

Selain itu, di hotel ini sebenarnya adalah lokasi paling popular untuk melihat ‘cherry blossoms’. Kalau nak berjalan berdua tanpa anak-anak, turut disediakan perkhidmatan ‘nanny’ untuk anak-anak anda.

Harga per malam : RM680

Photo Credit : Booking.com

Destination: