Tokyo Jadi ‘Ghost Town’ Akibat Taufan Hagibis

TERKINI
October 14, 2019 - 11:49 AM


Minggu lalu, bahagian utara Jepun, Chiba serta beberapa kawasan seperti Tokyo dan Shizouka dilanda Taufan Hagibis yang membawa hujan lebat serta angin kencang. Ia dikatakan taufan yang paling besar dan kuat.

Berikutan itu, arahan pemindahan telah dikeluarkan dan sistem pengangkutan juga terjejas kerana gangguan bekalan elektrik. Perkhidmatan pengangkutan utama di Tokyo terjejas teruk apabila penerbangan dan berjalanan kereta api dibatalkan sehingga keadaan pulih.

Bandar utama Jepun, Tokyo kebiasaanya sibuk dan sesak dengan orang ramai kini menjadi sunyi sepi dan boleh dikatakan kosong. Melalui beberapa perkongsian di laman twitter, stesyen keretapi, jalanraya dan banyak lagi kawasan kelihatan tiada kelibat manusia.

Kebanyakan orang disana mengambil langkah berjaga – jaga dan mereka hanya berteduh di dalam rumah. Ini secara tak langsung menjadikan Tokyo seperti ‘ Ghost Town’ – kosong dan tidak berpenghuni.

 

Destination: