20 Destinasi Percutian Tahun 2020 Menurut Airbnb

TRAVEL
October 15, 2019 - 12:10 PM


Masuk ke suku terakhir tahun 2019, pastinya ada yang sudah bersedia dengan perancangan dan destinasi untuk dilawati tahun hadapan. Apa yang pasti, masing – masing mempunyai destinasi percutian yang ingin dilawati.

Kalau di peringkat negara, sedia maklum yang kita sedang dalam tempoh bersedia untuk menyambut Tahun Melawat Malaysia 2020 atau Visit Malaysia 2020. Dijangkakan negara kita akan menerima sejumlah 30 juta orang pelancong.

Menurut senarai destinasi yang dikeluarkan oleh Airbnb ini, mereka menjangkakan 20 destinasi ini bakal menerima kunjungan pelancong yang tinggi jika menurut data tempahan yang dibuat.

Kalau dilihat, senarai destinasi ini ada pelbagai tarikan menarik tersendiri dan ada juga disebabkan ada beberapa acara yang bakal dilangsungkan. Sebagai contoh di Ubatuba, Brazil. Tempat yang bakal mengadakan pelbagai siri pertandingan luncur air.

Berikut adalah 20 destinasi ‘in-trend’ untuk tahun 2020 :

#1. Milwaukee, Amerika Syarikat

#2. Bilbao, Sepanyol

#3. Buriram, Thailand

#4. Sunbury, Victoria, Australia

#5. Romania

#6. Xi’an, China

#7. Eugene, Oregon, Amerika Syarikat

#8. Luxembourg

#9. Guadalajara, Mexico

#10. Vanuatu

#11. Cali, Colombia

#12. Cape Canaveral, Florida, Amerika Syarikat

#13. Aberdeen, Scotland

#14. Courtenay, Canada

#15. Ubatuba, Brazil

#16. Les Contamines-Montjoie, Perancis

#17. Tokyo, Jepun

#18. Kerala, India

#19. Malindi, Kenya

#20.  Maastricht, Netherlands

- Airbnb