Nak Buat Kejutan Untuk Yang Tersayang? Segalanya Mudah Dengan Lazada Di MY Smart Shopper!
PILIHAN EDITORIngin memberikan sesuatu yang “wow” khas buat pasangan, ibu, adik-beradik atau sahabat karib yang anda sayangi bersempena hari istimewa mereka seperti hari lahir, hari ulangtahun perkahwinan dan Hari Ibu?
Merancang kejutan untuk yang tersayang biasanya akan meninggalkan memori dan kenangan manis dalam hidup mereka serta lebih penting bakal membuatkan diri anda semakin dihargai serta disayangi.
Jangan terlalu risau untuk memikirkan kejutan bagaimana yang disukai mereka kerana kebanyakan orang yang disayangi sebenarnya tidak memandang kepada ‘nilai atau mahalnya sesuatu pemberian itu’, namun cukup pasangan mereka mengingati dan menghabiskan masa bersamanya.
Tapi, tahukah anda sekarang ni nak buat surprise semakin mudah. Asalkan anda mempunyai telefon pintar, anda boleh MENDAFTAR SECARA PERCUMA sebagai ahli MY Smart Shopper atau MSS dan tanpa menggunakan wang tunai anda boleh membeli-belah secara online serta offline hanya dengan menggunakan Cash Point (Mata Tunai) dan Reward Point (Mata Ganjaran).
Lebih mudah dan selamat, kan?
Baru-baru ini, min merasai sendiri pengalaman menggunakan MSS bagi membuat kejutan hari lahir untuk kakak min dan ternyata ia benar-benar mudah serta sangat menyeronokkan kerana sambil berbelanja kita juga boleh meraih mata ganjaran untuk diri sendiri.
1) Makan Tengah Hari di Amber Chinese Muslim Restaurant
Bestnya MSS ni dia ada kategori seperti Health & Beauty; Food & Beverages; Automotive; Shopping; Travel & Entertainment; Services dan macam-macam lagi.
Jadi min nak bawa kakak pergi makan tengah hari sempena hari lahir dia, min pun klik je dekat kategori ‘Food & Beverages’ dan MSS senaraikan semua tempat makan offline yang boleh kita gunakan Cash Point.
Menariknya senarai tersebut akan disusun mengikut jarak yang paling dekat dengan lokasi kita berada bagi memudahkan kita membuat pilihan dan dalam kes min, MSS mencadangkan agar min membawa kakak ke Amber Chinese Muslim Restaurant di Nexus Bangsar yang hanya 1.48 kilometer sahaja dari lokasi min berada.
Bila klik di restoran yang kita pilih tu pula, segala informasi seperti alamat penuh, nombor telefon, waktu operasi dan ‘Navigation’ untuk ke sana juga dipaparkan bagi kemudahan kita.
Istimewanya jika kita menggunakan MSS di Amber Chinese Muslim Restaurant, kita akan menerima 5 peratus tawaran Cash Point serta 3 kali ganda Reward Point!
Min membayar jumlah makan tengah hari kami menggunakan MSS dan membolehkan min terima 5 peratus tawaran Cash Point serta 200 Reward Point atau dalam erti kata lain lagi banyak kita berbelanja, lagi banyak nilai ganjaran kita dapat. Syok, kan...hehehe
Eh bukan tu je tau! Lepas anda membuat bayaran menggunakan MSS anda akan diberikan pula ‘Rewards Bonanza’ di mana anda boleh memilih salah satu daripada kotak misteri yang mengandungi tambahan mata ganjaran macam min dapat lagi extra 20 Rewards Points!
Wow berganda-ganda mata ganjaran min dapat..yahoooo!
2) Hadiahkan Bunga Dari Chloris’s Petals
Alhamdulillah, lepas perut min dan birthday girl dah kenyang seterusnya min surprisekan dia dengan hadiah yang paling disukainya iaitu jambangan bunga segar!
Min dah siap-siap order di kedai online Lazada untuk gubahan bunga cantik ini di Chloris’s Petals juga hanya menggunakan MSS untuk dihadiahkan kepada kakak tercinta!
Berbelanja untuk bunga ini membolehkan min terima 5 peratus tawaran Cash Point dan 2X Reward Point untuk setiap RM1 yang telah dibelanjakan.
3) Manjakan Diri di Terra Terra Spa Santuary
Orang kata wanita dan kecantikan tak dapat dipisahkan. Sebab itu, kejutan paling besar yang min nak hadiahkan kepada birthday girl adalah sesi rawatan wajah dan berbekam di Terra Terra Spa selama 2 jam.
Bukan main gembira kakak min bila mendapat layanan bagaikan seorang puteri yang dimanjakan di spa berkenaan.
Tapi min pun happy juga bila belanja spa untuk kakak menggunakan MSS, min berjaya memperoleh 5 peratus tawaran Cash Point serta 2 kali ganda Reward Point untuk setiap RM1 yang dibelanjakan.
Oh, kalau sedang berbelanja dan tiba-tiba anda tidak mempunyai baki yang mencukupi dalam MSS, jangan risau sebab anda boleh tambah nilai secara terus ke dalam MSS Pay dan selepas itu boleh buat transaksi seperti biasa.
Macam bawah ni min top-up RM250 dalam MSS Wallet min.
Nampak tak senang je kan semua kejutan yang min buat untuk kakak min dalam masa tak sampai sehari pun. Tak payah susah-susah keluar cash atau terkejar-kejar nak beli hadiah dan sebagainya. Gunakan MSS je!!
MACAM MANA NAK DAFTAR MSS?
Nak daftar sebagai ahli MSS pun tak susah. Anda hanya perlu muat turun aplikasi MY Smart Shopper di Apple App Store ataupun Google Play Store.
Pendaftaran adalah PERCUMA.
Lepas dah masukkan ID dan password, anda dah boleh gunakan MSS untuk semua urusan shopping anda!
BERBELANJA SECARA ONLINE DI MSS
Untuk pembelian online, ini langkah-langkah yang harus anda lakukan:-
1) Buka aplikasi MSS
2) Pilih senarai kedai online yang tersedia seperti Zalora, Lazada, Shopee, Klook, Taobao, Ali Express, Hermo, Malaysia Airlines, Agoda, JD Sports, Sephora dan banyak lagilah!!
3) Katakan anda membuat keputusan untuk shopping di Lazada, anda hanya tekan pautan dari aplikasi MSS dan ia akan membawa anda terus ke laman web Lazada.
4) Bagi memulakan aktiviti shopping, anda hanya klik pada butang “Shop Now” untuk membuat proses pembelian.
5) Selesai membeli, Cash Point dan Reward Point akan dimasukkan ke dalam akaun MSS anda serta boleh digunakan selepas 7 hari.
6) Dengan Cash Point yang terkumpul, anda boleh membeli apa jua produk atau servis yang ditawarkan di kedai-kedai “offline” yang terlibat dengan MSS. Setiap 1 Cash Point adalah bersamaan dengan RM1.
Selain itu, Cash Point juga boleh digunakan untuk membayar kesemua bil utiliti bulanan anda seperti di gambar bawah ini, jadi tidak perlu lagi gunakan wang tunai atau susah-susah beratur di kaunter.
Sementara Reward Point terkumpul pula boleh anda tebus dalam bentuk merchandise, vouchers dan hadiah eksklusif daripada katalog online MSS.
Jadi memang tak rugi jika anda mendaftar sebagai ahli MSS! Sebab lagi banyak anda membeli, lagi banyak ganjaran dan bonus yang anda terima. Best giler kan…tunggu apa lagi, cepat-cepat daftar MSS anda!!!
Sebarang maklumat lanjut boleh anda ketahui dengan melayari semua platform media sosial MSS seperti di bawah:-
Website: https://www.my-smartshopper.com/
Facebook: https://www.facebook.com/MYSmartShopper.my/
Instagram: https://www.instagram.com/officialmysmartshopper/
YouTube: https://www.youtube.com/channel/UC4dAElWtUTTp8LAIdQld2og