Solat Jumaat & Berjemaah Di Masjid Dah Diberi Lampu Hijau, Tapi Bersyarat!

GAYA HIDUP
May 15, 2020 - 11:34 AM


Alhamdulillah setelah hampir 2 bulan umat Islam dilarang untuk solat berjemaah dan Solat Jumaat di masjid, akhirnya bermula hari ini ibadah itu telah dibenarkan untuk diadakan semula.

Bagaimanapun, banyak syarat dan senarai SOP yang perlu dipatuhi!

Antara yang utama ialah Solat Jumaat dan solat berjemaah hanya dibenarkan diadakan semula di masjid, surau Jumaat dan surau terpilih dalam Zon Hijau sahaja!

Berikut pula adalah senarai SOP perlaksanaan solat Jumaat, solat berjemaah, solat terawih dan solat sunat Aidilfitri yang perlu dipatuhi masjid dan surau secara umumnya :-

  • Melaksanakan jarakan sosial di dalam dan luar masjid 
  • Jarak antara ahli jemaah adalah satu meter dan wajib memakai penutup hidung dan mulut 
  • Cara masuk dan keluar masjid mesti mengikut giliran dengan beratur serta menjaga jarakan 
  • Jemaah menghidap penyakit kronik, warga emas berumur 70 tahun ke atas dan kanak-kanak di  bawah umur 15 tahun, tidak dibenarkan hadir berjemaah di masjid
  • Semua jemaah yang hadir hendaklah mengambil wuduk di rumah dan membawa sejadah  masing- masing ke masjid
  • Jemaah hendaklah terus bersurai dalam keadaan tenang
  • Tidak dibenarkan berkumpul di dalam atau luar masjid, selesai solat

Sementara itu, berikut merupakan saranan tambahan kepada pihak berkuasa agama negeri-negeri sebagai langkah berjaga-jaga kepada para jemaah :-

  • Mengadakan kaunter di pintu masuk yang dihadkan bilangannya bagi memeriksa suhu badan, sanitasi tangan serta rekod kehadiran jemaah 
  • Melakukan sanitasi ruang solat dan kawasan sekitarnya termasuk tandas dan ruang wuduk sebelum dan selepas solat 
  • Penggunaan tandas perlu dihadkan mengikut jumlah bilik tandas yang ada pada satu-satu masa
  • Ahli Jemaah wajib membawa kad pengenalan diri. Jika gagal, ahli jemaah harus diarah pulang 
  • Kehadiran direkodkan di dalam buku kehadiran 
  • Pintu masjid dibuka hanya sejam sebelum azan dan ditutup sejurus selepas selesai doa dibacakan 

Sumber: BERNAMA

Destination: