'Rock Garden Camping Resort' - Port Percutian Yang Tenang & Mendamaikan Di Gopeng, Perak
TRAVELSiapa yang tidak suka dengan percutian di tengah-tengah kehijauan alam semulajadi sambil dapat mendengar bunyi deruan air sungai yang cukup menenangkan jiwa...
Jika anda antara golongan yang gemar dengan jenis percutian mesra alam begini, anda mungkin boleh membuat perancangan untuk meluangkan masa bersama keluarga dan rakan-rakan di ROCK GARDEN CAMPING RESORT, Gopeng, Perak!
Menariknya selain chalet penginapan yang terletak di pinggir kebun yang kaya dengan tumbuh-tumbuhan, anda juga berpeluang untuk mandi-manda di sungai berdekatan yang airnya sangat jernih dan sejuk.
Resort ini yang berjarak hanya sekitar 5.5 kilometer dari pekan Gopeng, turut menawarkan dua jenis penginapan kepada pengunjung iaitu chalet dan dorm.
1) CHALET (4 unit)
Harga : RM150.00/ unit
Boleh memuatkan 5pax/chalet
5 katil single
Aircond
Bilik air
2) DORM (1 unit)
Harga : RM400.00/unit
Boleh memuatkan 20pax/unit
10 katil double decker
Kipas
Jika anda tidak mahu bermalam di dua jenis penginapan yang disediakan itu, anda juga mempunyai satu lagi pilihan lain yang menarik iaitu menyewa tapak perkhemahan. Baru betul-betul feeling camping ala-ala dalam hutan kan...
Lokasi percutian di Rock Garden Camping Resort ini juga menyediakan kemudahan lain yang boleh anda sewa bersesuaian dengan aktiviti yang anda inginkan seperti dewan, gazebo tepi sungai dan karaoke.
Selain mandi-manda di sungai, percutian anda ke sini juga dijamin tidak akan sunyi dan bosan kerana terdapat banyak aktiviti outdoor yang menarik untuk anda cuba seperti Whitewater Rafting, Waterfall Abseiling, Caving Gua Tempurung, Hiking Batu Putih dan Paintball.
Best, kan aktiviti lasak yang ada dekat sini! Jadi kalau anda seorang yang berjiwa bebas dan sukakan cabaran serta ketenangan yang jauh dari hiruk-pikuk kota raya -- anda boleh datang ke sini untuk bercuti!
ROCK GARDEN CAMPING RESORT
Alamat: 31600 Gopeng, Perak.
No. Tel: 019-380 6630
Website: http://rockgardenresortgopeng.blogspot.my/
Facebook: Rock Garden Camping Resort, MalaysiaKredit Gambar: Port Cuti Bajet