Kapten Corner - Bekas Pilot Menjual Makanan Sambil Mengenakan Uniform Penuh Di Subang

FOODIE
November 04, 2020 - 07:35 PM


Seperti mana yang korang semua tahu, sekarang ni ekonomi Malaysia telah terjejas kerana virus COVID-19. Dan salah satu daripada sektor yang terjejas agak teruk adalah sektor pelancongan dan penerbangan. Disebabkan seluruh dunia masih lagi dalam fasa pemulihan, kita masih lagi tidak boleh travel ke mana-mana yang kita mahu seperti sebelum ini.

Itulah yang terjadi kepada seorang pilot yang bernama Kapten Azrin Mohamad Zawawi yang kini membuka gerainya yang tersendiri menjual makanan di Subang. Facebook post tersebut merupakan posting dari ayahnya sendiri yang menyatakan bahawa beliau tidak tahu bila lagi anaknya akan dapat pakai uniform pilotnya. Dan kena dengan jawatannya sebelum ini, gerai tersebut diberi nama Kapten Corner.

Kapten Corner menyediakan hidangan seperti mi kari, bihun sup, rojak buah, dan laksa utara. Dan nampaknya ia mendapat sokongan dari netizen yang mendoakan dan memberi semangat kepada Kapten Azrin untuk meneruskan usaha ini hinggalah keadaan kembali pulih semula. Korang boleh tengok sendiri komen-komen netizen yang sangat memberi semangat ni.

 

Yesterday my son Captain Azrin Mohamad Zawawi manned his Kapten Corner stall at Boom Town USJ11 in full pilot uniform....

Posted by Mohamad Zawawi Ahmad on Monday, November 2, 2020

 

Jadi kalau korang nak rasa sendiri hidangan dari gerai Kapten Corner ni korang bolehlah pergi ke Boom Town Cafe di USJ 11, Subang. Dan korang juga boleh membuat tempahan di nombor telefon di bawah:

Azrin: +6019-3199935

Yanie: +6019-3549935

Jom support Kapten Corner ni dan kita sama-sama berdoa agar keadaan di Malaysia kembali pulih seperti dahulu. Ingat guys, korang jangan lupa jaga SOP, jaga jarak sosial dan pakai penutup muka okay? 

 

Destination: