Manga Dari Jepun Mengetengahkan Makanan Halal Dari Malaysia!
TERKINIMalaysia syurga makanan. Itulah ungkapan yang sering kita dengar dari pelancong luar negara yang datang ke sini. Disebabkan negara kita mempunyai pelbagai budaya dan jenis makanan, pelancong memang tak akan bosan dengan menu yang ada di seluruh negara. Pilih je makanan apa yang diorang nak, Melayu, Cina, India, Baba Nyonya, Pakistan, Perancis, Italian, dan macam-macam lagi lah.
Dan yang paling best adalah negara kita mempunyai makanan yang halal untuk orang Muslim. Korang tahu tak sekarang ni di Jepun makanan halal Malaysia dah pun semakin dikenali ramai? Malah ada manga oleh orang Jepun sendiri tau yang mengisahkan tentang makanan halal! Manga tersebut bertajuk Boku To Otouto No Halal Gohan yang bermaksud Makanan Halal Bersama Saya Dan Adik Saya.
Manga ini dicipta oleh mangaka Misuji Yamamoto yang mengisahkan tentang 3 orang adik beradik yang lahir dari negara yang berbeza iaitu Jepun dan Malaysia. Mereka sangat mengagumi dan menghormati budaya antara satu sama lain dan kini ingin explore makanan-makanan halal di Jepun. Manga ini juga menunjukkan struggle orang Muslim di negara asing.
Dari segi kesusahan untuk mencari bahan masakan yang halal di supermarket termasuklah bahan simple seperti kicap kerana terdapat alkohol di dalamnya. Malah karakter utama Riku, Irfan, dan Mikha perlu masak makanan mereka setiap hari menggunakan resipi makanan Malaysia. Antara makanan yang keluar adalah ayam goreng, sambal okra, dan sambal terung.
Jadi memang sangat awesome apabila budaya di negara kita diadaptasikan ke dalam sebuah medium no. 1 di Jepun iaitu manga. Manga ini baru sahaja bermula dan mempunyai 15 chapter, dan hanya keluar 2 kali sahaja sebulan. Mungkin mangaka perlukan masa untuk buat research tentang makanan kita! Kalau korang nak baca pergi sini.